awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Institusi TVET perlu rebut peluang BRI dengan China - PKPB

Astro Awani
Astro Awani
23/05/2023
13:51 MYT
Institusi TVET perlu rebut peluang BRI dengan China - PKPB
PKPB mengambil langkah awal menjalinkan kerjasama dengan TANG Chinese Education & Technology Ltd (TANG) dari China. - Gambar PKPB
KUALA LUMPUR: Institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) awam dan swasta di Malaysia perlu segera merebut peluang dalam Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dengan China.
Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran (PKPB), Mohammad Rizan Hassan berkata, inisiatif tersebut membawa harapan baharu buat Malaysia dan China terutamanya dalam konteks kerjasama pembangunan TVET.
Menurutnya, sambutan kurang memberangsangkan daripada pemain TVET di Malaysia menyebabkan PKPB mengambil langkah awal menjalinkan kerjasama dengan TANG Chinese Education & Technology Ltd (TANG) dari China baru-baru ini.
BACA: Pengambilan pelajar Program Asasi TVET bagi sesi julai dibuka hari ini
Tambah Mohammad Rizan, TANG merupakan sebuah badan perkhidmatan latihan vokasional dan pembelajaran sepanjang hayat yang akan membantu menghubungkan pemain TVET negara dengan institusi TVET dan industri di China.
“Kerjasama ini akan membuka peluang kepada belia berkemahiran di Malaysia melanjutkan latihan kemahiran tinggi dengan pembiayaan percuma kepada belia berkemahiran melalui Inisiatif Jalur & Laluan (Road & Belt Initiative - BRI).
BACA: Unit pusat TVET ditubuh selaras pengambilan pelajar, sesi pengajian institusi TVET seluruh negara
“Namun, menyedari pentingnya kesedaran peluang ini, ada di kalangan para belia berkemahiran, program bersifat jangka masa pendek dengan memberikan pengalaman kebudayaan, bahasa, latihan teknikal-vokasional dan lawatan industri boleh digerakkan segera untuk manfaat belia berkemahiran. . “Untuk itu, menjelang akhir 2023 dan mengambil semangat ulang tahun ke-10 BRI, PKPB menyasarkan seramai 2,000 orang belia berkemahiran dari pelbagai bidang di Malaysia akan diberi peluang menimba pengalaman di institusi TVET di China,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Tambah beliau, untuk jangka masa panjang, PKPB juga menaruh harapan akan lebih ramai belia berkemahiran termasuk tenaga pengajar merebut peluang mendapatkan peningkatan latihan di China.
Kementerian Sumber Manusia persiap tenaga mahir AI menerusi TVET
“Dengan adanya usaha ini, PKPB yakin TVET Malaysia akan memasuki era pengiktirafan industri yang baharu.
“Ia sejajar dengan hasrat kerajaan mahukan TVET di terajui industri sekali gus memberi keyakinan kepada pelabur khususnya dari China mengenai penguasaan teknologi tenaga kerja tempatan.
“PKPB juga percaya inisiatif ini akan mampu membudayakan pembelajaran sepanjang hayat dan juga merancakkan “transfer of knowledge dan transfer of technology” demi manfaat pembangunan latihan TVET di Malaysia,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#China
#pendidikan
#TVET
#BRI
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan