KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan menubuhkan Institut Kebangsaan Rawatan Pra-Hospital dan Perubatan Bencana dalam usaha menyampaikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat terutama ketika berdepan bencana.
Selain itu, kerjasama hotspot antara KKM dengan St John Ambulans Malaysia (SJAM) dan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) sejak 2014 juga akan diperkemaskan bagi melaksanakan usaha berkenaan.
Menurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, perkongsian kepakaran antara petugas barisan hadapan KKM dan EMRS JBPM (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia seperti berkaitan latihan keselamatan kebakaran dan pengurusan bencana juga harus diteruskan untuk memastikan tugas pasukan-pasukan tersebut dapat dilaksana dengan cekap dan selamat.
"Menyaksikan Majlis Menandatangani Nota Persefahaman Kerjasama Strategik Antara KKM dan JBPM bagi memperkasa Perkhidmatan Rawatan Pra-Hospital dan Ambulans (PRPA) di Malaysia.
"Pelancaran Emergency Air Ambulance Rescue Service (EMARS) telah mewujudkan Jalinan kerjasama antara KKM dan JBPM dalam meningkatkan keupayaan perkhidmatan pra hospital.
"Kolaborasi ini dilakukan melalui perkongsian sumber kenderaan EMRS, penempatan anggota KKM di balai bomba untuk digerakkan Bersama kenderaan EMRS, perkhidmatan online medical direction dari MECC kepada EMRS, serta penempatan latihan dalam kerja bagi pasukan EMRS di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital KKM," katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.
Terdahulu, Dr Zaliha menyaksikan Majlis Menandatangani Nota Persefahaman Kerjasama Strategik antara KKM dan JBPM bagi memperkasa Perkhidmatan Rawatan Pra-Hospital dan Ambulans (PRPA) di negara ini.
Zaliha turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Nga Kor Ming dan JBPM serta pasukan Perkhidmatan Rawatan Pra Hospital dan Ambulans (PRPA) KKM atas kerjasama erat tersebut.
Afiezy Azaman
Tue Aug 22 2023
Dr Zaliha menyaksikan Majlis Menandatangani Nota Persefahaman Kerjasama Strategik antara KKM dan JBPM bagi memperkasa PRPA di negara ini. - Gambar FB Dr Zaliha
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
Semua pihak perlu berganding bahu bantu mangsa banjir - Nga
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming menyeru semua pihak supaya berganding bahu membantu mangsa yang terjejas dengan bencana banjir.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Mayat reput ditemukan di susur keluar Rawang Bypass
Mayat yang telah reput itu diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
Penunggang motosikal parah, 5 cedera kemalangan babit ambulans KKM
Seorang penunggang motorsikal wanita cedera parah manakala lima lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan sebuah ambulans dengan empat kenderaan di Jalan Kajang Perdana, di sini pada Isnin.
Anggota bomba cedera ketika padam kebakaran di Sungai Buloh
Seorang anggota bomba cedera ketika memadamkan kebakaran melibatkan tiga buah rumah di kawasan perumahan Rancangan Rumah Murah Kuang, Sungai Buloh.
JBPM Terengganu masih mampu berdepan situasi banjir semasa - Pengarah
Kekuatan sedia ada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu setakat ini masih berupaya mendepani situasi semasa banjir di negeri itu.
Dua beradik maut, seorang cedera insiden tanah runtuh di Kuala Berang
Dua beradik perempuan terkorban dalam insiden tanah runtuh yang menghempap rumah mereka di Kampung Bukit Apit, Ajil, di sini pada 4.30 petang tadi.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
Bomba Perak giat cari lelaki Orang Asli hilang ketika memancing
JBPM Perak sedang giat mencari seorang lelaki Orang Asli yang dipercayai hilang selepas keluar memancing di Sungai Tumboh, Kampung Gajah, dekat sini sejak petang semalam.
Banjir: JBPM beri tumpuan lima negeri terdedah hujan luar jangka
JBPM memberi tumpuan utama kepada Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor dan barat Sarawak yang dijangka terdedah kepada hujan luar jangka pada bulan hadapan hingga boleh mengakibatkan banjir.