Lembaga Tabung Haji (TH) mula melaksanakan pelan menyeluruh bagi memulihkan penyata kira-kira yang mencatatkan defisit lebih RM4.1 bilion pada 2017.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata ini kerana sejak 2014, Tabung Haji telah gagal memenuhi dua syarat yang membolehkan pembayaran hibah dilakukan.
“Dua syarat itu adalah aset tidak boleh kurang daripada liabiliti, dan perlu ada keuntungan yang boleh diagihkan.
“Laporan oleh PWC mendapati akaun TH yang berakhir 31 Disember 2017 merekodkan aset RM70.3 bilion, sedangkan liabiliti tanggungan sebanyak RM74.4 bilion. Ini menunjukkan defisit RM4.1 bilion.
“Oleh itu TH menerusi kepimpinan baharu telah mencadangkan pelan pemulihan komprehensif yang sudahpun mendapat persetujuan kabinet,” kata Mujahid dalam satu sidang media di sini, hari ini.
Selain itu, ahli lembaga pengarah TH yang baharu juga telah mencadangkan penubuhan Special Purpose Vehicle (SPV), khusus bagi memulihkan dan memaksimumkan pemulihan aset TH yang tidak menjunjukkan prestasi.
“Kerajaan juga telah memutuskan untuk meletakkan TH di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia bermula 1 Januari 2019.
Sementara itu, Mujahid berkata bagi mereka yang menunai haji, kerajaan telah putuskan kos haji akan ditanggung sama seperti dahulu.
“Bagi dividen tahun ini, ia akan mengikuti dua syarat yang ditetapkan, iaitu bergantung kepada prestasi kewangan.
“Namun saya yakin dengan pelan pemulihan komprehensif ini, TH dapat memberikan hibah seperti biasa,” kata Mujahid ketika mengulas mengenai pemberian hibah tahun ini.
BACA: Isu Tabung Haji: Apa yang anda perlu tahu?
Dania Zainuddin
Mon Dec 10 2018

MUJAHID: Bagi mereka yang menunai haji, kerajaan telah putuskan kos haji akan ditanggung sama seperti dahulu.

Dua lelaki ditemukan selamat, dua lagi masih hilang di hutan Lahad Datu
Menurut bomba, empat individu yang masuk ke kawasan itu untuk mencari hasil hutan telah berpecah kepada dua kumpulan.

Pihak berkuasa Filipina pantau peningkatan aktiviti Gunung Berapi Kanlaon
Sebanyak 72 gempa bumi gunung berapi direkodkan antara tengah malam hingga tengah hari Isnin, dengan magnitud antara 0.3 dan 3.1.

Gencatan senjata: India buka semula 32 lapangan terbang untuk penerbangan awam
Langkah itu diambil selepas kedua-dua negara mencapai perjanjian genjatan senjata pada Sabtu.

ACO perkasa jaringan koperasi ASEAN, pacu sektor ketiga ekonomi serantau
Pada masa ini terdapat 300,000 koperasi di rantau ASEAN dengan keanggotaan 65.7 juta orang, menyumbang 10 peratus kepada KDNK negara.

Malaysia seru kerjasama global lindungi kebajikan pekerja
Sim berkata kebajikan pekerja adalah elemen penting dan tidak boleh diketepikan dalam agenda kerajaan Malaysia.
Tumpuan Selasa – 13 Mei 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Nissan Motor catat kerugian, lebih 10 ribu pekerjaan dikurangkan
Nissan Motor akan mengurangkan lebih daripada 10,000 lagi pekerjaan di seluruh dunia, menjadikan jumlah keseluruhan pemotongan termasuk pemberhentian yang diumumkan sebelum ini kepada kira-kira 20,000 atau 15% daripada tenaga kerjanya.
Menteri BRICS mesyuarat di Brazil usaha capai keamanan
Barisan menteri luar dari negara-negara BRICS mengadakan mesyuarat di Rio de Janeiro pada Isnin dengan rayuan Brazil untuk mencapai keamanan khususnya di Ukraine termasuk tindak balas yang diselaras terhadap langkah-langkah perdagangan Amerika Syarikat.
Taiwan tidak pernah, dan tidak akan menjadi sebuah negara sendiri - Jurucakap China
China terus berpendirian tegas bahawa Taiwan tidak pernah, dan tidak akan menjadi sebuah negara, seperti mana yang didakwa Parti Progresif Demokratik (DPP) di wilayah itu.
Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian berkata, DPP cuba memutarbelitkan sejarah dan sengaja menyebar kepalsuan untuk mempromosikan agenda pemisahan.
Jurucakap Kementerian Luar China, Lin Jian berkata, DPP cuba memutarbelitkan sejarah dan sengaja menyebar kepalsuan untuk mempromosikan agenda pemisahan.
AS, China kurangkan tarif timbal balik
Selepas pertemuan di Geneva, dua ekonomi terbesar dunia itu menyatakan komitmen untuk bergerak ke hadapan dalam semangat keterbukaan bersama, komunikasi berterusan, kerjasama dan saling menghormati.

Pesara rugi RM459,000 terjebak penipuan pelaburan saham tidak wujud
Seorang pesara berusia 73 tahun kerugian RM459,000 selepas dipercayai menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud yang beroperasi secara dalam talian.

Ringgit ditutup sedikit rendah berbanding dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, berikutan keyakinan terhadap dolar AS kembali pulih, kata seorang ahli ekonomi.

Bursa Malaysia ditutup lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia ditutup lebih rendah hari ini susulan aktiviti pengambilan untung dalam kaunter perkhidmatan kewangan terpilih di tengah-tengah sentimen berhati-hati dalam pasaran serantau.

OPR kekal 3.0 peratus satu pendekatan berhati-hati oleh BNM - Ahli Ekonomi
Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dilihat sebagai pendekatan berhati-hati, kata seorang ahli ekonomi.

OPR kekal 3 peratus, MPC terus pastikan dasar monetari kekal kondusif - BNM
Di sebalik ketidaktentuan global, MPC Bank Negara Malaysia kekalkan Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) pada 3 peratus.

Aktiviti belian kukuh saham wajaran tinggi bantu lonjakan Bursa Malaysia
Aktiviti pembelian berterusan saham telekomunikasi dan media terpilih serta kaunter utiliti melonjakkan Bursa Malaysia untuk ditutup pada paras intra hari tertingginya hari ini.

Ringgit ditutup susut berbanding dolar AS menjelang mesyuarat MPC
Ringgit mengakhiri urus niaga Selasa dengan rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pelabur kekal berhati-hati menjelang mesyuarat MPC Bank Negara Malaysia pada 8 Mei ini.

SPRM komited perkukuh ekosistem pencegahan rasuah, pengubahan wang haram
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan terus berkolaborasi dengan institusi kewangan, agensi kawal selia seperti Bank Negara Malaysia (BNM) dan agensi penguat kuasa.

Keputusan OPR BNM dibuat berdasarkan pendekatan berhemat - Amir Hamzah
Katanya, susulan kadar OPR yang rendah pada 1.75 peratus semasa COVID-19, BNM telah ambil pendekatan berhemat dan secara berperingkat.

Rizab antarabangsa Malaysia naik kepada US$118.4 bilon setakat 15 April
Rizab antarabangsa Malaysia meningkat kepada US$118.40 bilion setakat 15 April, 2025 daripada US$117.50 bilion pada 28 Mac, 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).