awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Integriti sambut baik usaha kerajaan perkukuh tadbir urus, perangi rasuah

Astro Awani
Astro Awani
02/06/2018
06:25 MYT
Integriti sambut baik usaha kerajaan perkukuh tadbir urus, perangi rasuah
Integriti menyatakan sokongan dan bersedia berganding untuk melaksanakan dasar dan program Kerajaan bagi memperkukuh tadbir urus baik dan memerangi isu rasuah secara menyeluruh. -Gambar fail
Institut Integriti Malaysia (Integriti) hari ini menyatakan sokongan dan bersedia berganding untuk melaksanakan dasar dan program Kerajaan bagi memperkukuh tadbir urus baik dan memerangi isu rasuah secara menyeluruh.
Dalam kenyataannya kepada media, ia menyambut baik penubuhan Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah (GIACC) yang diumumkan pada Jumaat bagi menyelaras dan memantau semua aktiviti berkaitan tadbir urus, integriti dan anti rasuah di negara ini.
Integriti yakin usaha ini akan bertindak sebagai satu pendekatan yang lebih komprehensif dalam melahirkan masyarakat Malaysia yang berintegriti tinggi selari dengan objektif Pelan Integriti Nasional (PIN).
Jumaat lalu, Pejabat Perdana Menteri mengumumkan penubuhan GIACC bagi menyelaras dan memantau semua aktiviti berkaitan governans, integriti dan banteras rasuah di negara ini.
BACA: Abu Kassim terajui pusat banteras rasuah GIACC
Antara tugas awal GIACC termasuk memastikan 21 janji kerajaan berkaitan tadbir urus, integriti dan banteras rasuah terkandung dalam manifesto Kerajaan diberi tumpuan khusus untuk dilaksanakan dalam fasa-fasa tertentu.
Selain itu, pejabat Perdana Menteri turut mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti-Rasuah (JKKMAR) bagi mengantikan Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Keutuhan Pengurusan Kerajaan (JKKMKPK).
Topic Berkaitan
#GIACC
#integriti
#irc
#PDEA
#Pelan Integriti Nasional
#Tun Dr Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan