PUTRAJAYA: Langkah intervensi kerajaan menetapkan harga runcit bagi ayam standard pada RM8.90 berkuatkuasa Sabtu ini hingga 5 Jun dapat menjamin kestabilan harga ayam dan harga makanan berkaitan, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Beliau berkata sekiranya kerajaan tidak melaksanakan langkah itu, harga runcit ayam di pasaran pada masa ini akan melebihi RM10 sekilogram susulan peningkatan kos penternakan ayam sebanyak 70 peratus.
"Dalam Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) mengenai Industri Pengeluaran Makanan pada 31 Jan lepas, mesyuarat telah diberikan taklimat berkenaan industri pengeluaran ayam dan telur yang menerima impak kenaikan mendadak kos input makanan jagung dan soya.
"Berikutan peningkatan kos pengeluaran, maka pihak industri telah mengemukakan kepada kerajaan supaya harga kawalan dinaikkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Isnin lepas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan harga runcit maksimum bagi ayam standard dikurangkan sebanyak 20 sen kepada RM8.90 daripada harga siling RM9.10 yang ditetapkan, selepas mempengerusikan Mesyuarat NACCOL.
Nanta berkata harga siling runcit ayam bagi Labuan, Sabah dan Sarawak pula akan dibuat berdasarkan lokasi.
Beliau berkata harga runcit itu merupakan penurunan kali ketiga selepas ditetapkan pada RM9.50 sekilogram ketika Deepavali lepas, RM9.30 ketika Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) (7 hingga 31 Dis lepas) dan RM9.10 ketika (SHMKM) (1 hingga 4 Feb).
"Penetapan harga baharu runcit ayam ini ditampung melalui subsidi kerajaan sehingga kos pengeluaran ayam kembali rendah dan stabil," katanya.
Nanta berkata pihaknya sentiasa menyokong langkah proaktif kerajaan bagi memastikan Dasar Sekuriti Makanan Negara sentiasa terjamin dari segi bekalan serta mengelak berlaku kenaikan harga yang membebankan rakyat.
Katanya hasil Mesyuarat Taskforce Pelaksanaan mengenai pelan tindakan jangka panjang berkaitan bekalan makanan yang akan dipengerusikan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) tidak lama lagi akan dilaporkan ke Mesyuarat NACCOL akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 02 2022
Jika kerajaan tidak menetapkan harga maksimum, harga runcit ayam di pasaran pada masa ini boleh menjangkau sehingga lebih RM10 sekilogram. - Foto fail/BERNAMA
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
KPDNHEP sahkan berlaku kenaikan harga ayam pada 4 hingga 19 Jun
Harga ayam naik antara 10 sen dan RM1.50 dalam tempoh antara 4 Jun hingga 19 Jun lepas berdasarkan maklum balas diberikan peniaga, kata KPDNHEP.