awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SHMKM: Harga maksimum runcit ayam standard kurang 20 sen, harga telur kekal - Ismail Sabri

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
31/01/2022
09:50 MYT
SHMKM: Harga maksimum runcit ayam standard kurang 20 sen, harga telur kekal - Ismail Sabri
Ismail Sabri mempengerusikan Mesyuarat Khas NACCOL mengenai Industri Pengeluaran Makanan, membincangkan isu bekalan dan pengeluaran makanan terutamanya bagi ayam dan telur ayam. - Foto Pejabat Perdana Menteri
PUTRAJAYA: Harga maksimum runcit bagi ayam standard dikurangkan 20 sen daripada harga siling ditetapkan daripada RM9.10 kepada RM8.90 sekilogram manakala harga telur ayam semua gred kekal seperti harga kawalan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) semasa.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pelaksanaan harga baharu buat dua barangan itu berkuat kuasa pada 5 Februari sehingga 5 Jun 2022.
Harga siling baharu itu merupakan satu daripada sembilan keputusan ditetapkan Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) yang bermesyuarat pada Isnin.
Menurut Ismail Sabri, mesyuarat juga memutuskan untuk memberikan subsidi bagi memastikan harga barangan dapat dikawal seperti SHMKM.
BACA: Peniaga naikkan harga jualan, tak patuh undang-undang boleh didakwa - Nanta
“Perincian subsidi ini akan dilakukan oleh Pasukan Khas Mengenai Kos Sara Hidup Negara yang akan diketuai oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan serta beberapa kementerian, wakil syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan persatuan pengguna sehingga harga kembali stabil,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Selain itu, katanya, permit import ayam bulat dibuka kepada semua pemegang Permit Kelulusan (AP) bagi mengimport ayam, berbeza berbanding sebelum ini yang hanya membenarkan mereka mengimport bahagian seperti kepak, paha dan lain-lain.
Tambah beliau, mesyuarat juga bersetuju AP mengimport ayam dibuka kepada pengusaha pasar raya besar.
Apa tindakan dan langkah efektif tangani krisis harga barang? - Anwar
“Mesyuarat juga mengarahkan Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) membuat siasatan sekiranya wujud kartel dalam pakatan menentukan harga ayam dan telur.
“Bahkan, pelaksanaan Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) yang melibatkan 222 Parlimen perlu dilaksanakan secara maksimum dengan kerjasama bersepadu melibatkan kementerian terbabit.
“Pelaksanaan Kedai Harga Patut perlu diaktifkan semula di seluruh negara serta menambah kekerapan operasi pasar tani di satu-satu kawasan,” ujarnya.
Menurut Perdana Menteri, mesyuarat turut meminta Kementerian Kewangan mengkaji insentif cukai untuk transformasi ladang ternakan ayam.
“Permohonan pengambilan pekerja asing daripada Bangladesh telah dibuka secara berperingkat mulai 28 Januari 2022.
Inflasi | Tingkat produktivi dalam negara, atasi unsur perantara
“Koperasi yang terlibat dalam industri pertanian akan turut dilibatkan untuk menawarkan barangan asas tanpa melibatkan orang tengah untuk mengawal harga,” katanya.
Tegasnya, mesyuarat pada Isnin memberi fokus kepada penyelesaian jangka pendek untuk mengurangkan tekanan kenaikan harga namun penjelasan jangka masa panjang akan diperincikan dalam mesyuarat akan datang.
Berikut perancangan masa akan datang yang diputuskan mesyuarat:
1) Menyokong penyelidikan yang dilaksanakan oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk menjadikan isi rong kelapa sawit bagi menggantikan jagung dan soya sebagai makanan ayam.
2) Mencadangkan kepada Kerajaan Negeri untuk memanjangkan tempoh penggunaan tanah di bawah lesen pendudukan sementara (TOL) bagi aktiviti pertanian.
3) Jaminan bekalan makanan bukan hanya mencukupi tetapi kemampuan Keluarga Malaysia untuk membeli.
Topic Berkaitan
#sara hidup
#ismail sabri yaakob
#NACCOL
#Kementerian Kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan