KUALA LUMPUR: Intervensi yang dilakukan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam kes remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun dikenali sebagai Bella, adalah selaras dengan akta yang berkuat kuasa.
Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun dalam kenyataan berkata ia termasuk menyelamatkan mangsa, menempatkannya di tempat selamat dan memberikan perlindungan, penjagaan serta pemulihan selaras dengan Akta Kanak-Kanak 2001 dan Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak.
Selain itu, menyita pusat jagaan serta membantu pihak berkuasa dalam penyediaan laporan sosial mangsa dan memberi keterangan diperlukan.
BACA: #JusticeForBella: Dua siasatan dibuat, satu dirujuk kepada Peguam Negara - Polis
BACA: #JusticeForBella: Pengasas Rumah Bonda didakwa abai anak sindrom down
Dalam pada itu, Rina berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan wakil Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan nasib Bella antaranya Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Persatuan Wanita Ikon Malaysia dan Persatuan Helping Shoulder, semalam.
"Pertemuan ini menjadi platform bagi mendengar pandangan dan suara NGO berkenaan," katanya.
Rina juga berharap kes Bella itu dapat diadili mengikut lunas perundangan.
"Saya sentiasa mengikuti perkembangan kes adik Bella yang kini berada di bawah perlindungan, penjagaan dan pengawasan JKM. Alhamdulillah, berdasarkan pemantauan saya, adik Bella kini kembali ceria," katanya.
Kisah Bella tular di laman sosial selepas seorang wanita dikenali sebagai Mona Din mendedahkan penderitaan remaja itu yang mengalami kesan lecur dan luka pada anggota badan dipercayai didera. Ekoran pendedahan itu, JKM bertindak menyita Rumah Bonda di Wangsa Maju di sini yang dikaitkan dengan kes terbabit.
Sementara itu, Rina menyeru rakyat Malaysia supaya terus menanamkan rasa cintakan keluarga dan menghargai anak-anak terutamanya golongan orang kurang upaya (OKU).
Katanya masyarakat juga perlu melaporkan kepada PDRM atau Talian Kasih 15999 dan talian WhatsApp 019-2615999 yang beroperasi 24 jam apabila mengetahui atau mengesyaki kes pengabaian dan penganiayaan kanak-kanak.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Sep 10 2021
Rina berbual dengan Bella ketika melakukan lawatan ihsan di Rumah Kebajikan Taman Sinar Harapan Tunku Ampuan Najihah, Seremban, Julai lalu. - Gambar fail/ Bernama
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Polis, TNB Kuantan potong bekalan elektrik di 10 premis judi haram
Sepuluh premis yang menjalankan kegiatan perjudian di Kuantan dikenakan tindakan pemotongan bekalan elektrik oleh pihak polis dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Khamis lepas.
Intervensi kes Bella selaras akta yang berkuat kuasa - Rina Harun
Intervensi KPWKM melalui JKM dalam kes remaja perempuan sindrom Down berusia 13 tahun dikenali sebagai Bella, adalah selaras dengan akta yang berkuat kuasa.
Kes Adik Bella: JKM sita rumah kebajikan tidak berdaftar
Tindakan tersebut dilakukan susulan laporan berkaitan seorang anak istimewa dikenali Adik Bella, 13, yang dipercayai didera di rumah berkenaan.