Pengubahsuaian dan intervensi yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak disifatkan langkah penting untuk memastikan dasar negara termasuk kepada golongan muda tercapai walau faktor ekonomi antarabangsa berada di luar kawalan negara.
Presiden Majlis Belia Selangor, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, ia merupakan langkah yang cukup penting dalam memastikan objektif dasar-dasar negara dapat dicapai, serta dapat dikatakan kini satu langkah yang paling proaktif.
"Pengubahsuaian dan intervensi seperti yang diumumkan Najib hari ini bagi menghadapi landskap ekonomi dunia yang berubah adalah tepat pada masanya, apatah lagi, kejatuhan harga minyak sebanyak 60 peratus membawa implikasi kepada ekonomi dunia, dan Malaysia tidak terkecuali.
"Intervensi ini jelas menunjukkan Kerajaan sentiasa peka dan proaktif dalam memastikan bahawa Malaysia sentiasa diletakkan di atas landasan ekonomi yang tepat serta dapat mengharungi cabaran ekonomi pada setiap masa," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Najib pada Selasa mengumumkan, perbelanjaan pembangunan yang diperuntukkan sebanyak RM48.5 bilion bagi tahun ini tidak berubah dan akan tetap dibelanjakan.
Menurutnya, projek-projek bersifat ekonomi rakyat yang dilaksanakan termasuk perumahan rakyat, tebatan banjir, bekalan air, elektrik dan infrastruktur pengangkutan awam.
Irmohizam yang juga Ahli Parlimen Kuala Selangor turut mencantas dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa ini adalah tindakan reaktif kerajaan dan bukan proaktif.
"Kita harus menyedari bahawa keadaan iklim dunia pada masa kini adalah kerana faktor-faktor luaran yang berada di luar kawalan. Dan, dengan pengubahsuaian dan intervensi ini, kita dapat capai defisit negara dibawah 3.2 peratus pada tahun 2015 dimana tanpa langkah khusus ini maka kadar defisit dapat meningkat sehingga 3.9 peratus.
"Kita juga tidak melaksanakan pakej-pakej stimulus seperti dalam keadaan gawat atau krisis, yang boleh dikatakan reaktif. Maka, ini sememangnya tindakan proaktif Kerajaan untuk memastikan daya tahan ekonomi negara terus meningkat," jelasnya.
Jelasnya, penguatkuasaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada 1 April ini serta Rancangan Malaysia ke-11 yang bakal diumumkan pada bulan Mei nanti pastinya akan menjadi pelengkap dalam menjadikan Malaysia negara maju menjelang 2020.
"Saya juga amat berharap harga barangan keperluan asas tidak akan meningkat dan pihak kerajaan perlu memperkukuhkan elemen penguatkuasaan agar keyakinan yang diberikan tidak terhakis.
"Kementerian berwajib perlu dipertanggungjawabkan bagi mengawal harga barangan supaya penghidupan rakyat tidak terbeban," ujarnya.
Kata Irmohizam lagi, dia turut mengharapkan kerajaan dapat menurunkan harga tarif elektrik bagi kegunaan rakyat memandangkan harga bahan api dan minyak yang semakin menurun kini.
UCAPAN PENUH PERUTUSAN PERDANA MENTERI
Astro Awani
Tue Jan 20 2015
IRMOHIZAM: "Intervensi ini jelas menunjukkan Kerajaan sentiasa peka dan proaktif dalam memastikan bahawa Malaysia sentiasa diletakkan di atas landasan ekonomi yang tepat.
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Tidak ambil gaji dan elaun, bukti komitmen Ramanan demi warga Sungai Buloh
Ramanan menjadi tumpuan umum selepas menyingkirkan Khairy Jamaluddin di Parlimen Sungai Buloh dalam pertarungan yang dianggap cukup sengit.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
Dewan Perniagaan Malaysia ASEAN penghubung komuniti perdagangan serantau
Diterajui Dewan Perniagaan Malaysia Kemboja (MBCC), badan pusat yang baru dilancarkan itu terdiri daripada Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.
Rusia lihat prospek baik untuk kerjasama BRICS, ASEAN - Timbalan Menteri Luar
ASEAN tidak terlibat dalam "konfrontasi blok" dan memainkan peranan penting dalam membentuk rantau yang inklusif, seimbang, dan telus.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia utama kerjasama ekonomi, pembangunan lestari - PM Anwar
Malaysia juga akan turut memperluas kerjasama ekonomi ASEAN dan menggalakkan pertumbuhan serta pembangunan yang lebih terangkum dan lestari.
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5 peratus tahun depan - MARC Ratings
MARC Ratings Berhad menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kekal kukuh sekitar 5 peratus.
Orang ramai beratur panjang beri penghormatan terakhir kepada Ananda Krishnan
Orang ramai mula beratur panjang seawal pukul 2 petang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam di kediamannya di Brickfields.
'Internet tak laju, PMKS tak maju', Unifi Business tawar solusi pendigitalan
Infrastruktur, kepantasan dan pakej mampu milik Internet memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan PMKS dapat mengembangkan perniagaan, menembusi pelbagai pasaran.
Memperkasa identiti bandar moden melalui pemeliharaan warisan - Rahim & Co
Pemeliharaan warisan adalah elemen yang sangat penting dalam setiap fasa pembangunan bandar, baik dalam projek pembaharuan mahupun pembangunan semula.
Pelabur Pakistan tunjuk minat dalam sektor cip di Malaysia
Industri semikonduktor merupakan satu daripada bidang kerjasama baharu utama antara Malaysia dan Pakistan.
Kerajaan ingin jadikan aset tanah di Kelantan pemangkin ekonomi industri makanan, pertanian
Di Kelantan, aset tanah masih banyak yang belum diterokai dan Kerajaan Persekutuan sedang memikirkan cara aset-aset itu boleh dimanfaatkan.
Malaysia di landasan tepat jadi hab perniagaan bagi pihak berkepentingan Perancis di ASEAN
Kedudukan Malaysia, dengan ekonomi yang kukuh dan pelbagai, menawarkan akses yang tiada tandingan kepada blok ASEAN yang pesat berkembang.