IPD Kuching rekod 98 kes penipuan panggilan telefon libatkan kerugian RM7 juta

Alexson berkata mangsa hanya menyedari ditipu apabila suspek terus menuntut bayaran tambahan bagi tujuan "menyelesaikan kes" yang mendorongnya membuat laporan polis. - Gambar fail/Bernama
KUCHING: Polis daerah ini membuka 98 kertas siasatan kes diperdaya sindiket panggilan telefon atau "phone scam" sejak 1 Januari hingga semalam melibatkan kerugian berjumlah RM6.96 juta.
Ringkasan AI
- Polis daerah Kuching mendedahkan 98 kes penipuan telefon yang menyebabkan kerugian berjumlah RM6.96 juta sejak awal tahun.
- Kes terkini melibatkan wanita warga emas berusia 61 tahun yang ditipu hampir RM90,000 dengan modus operandi yang sama.
- Mangsa ditipu dengan dalih bungkusan bernilai RM7 juta dirampas dan dipaksa memindahkan wang ke tiga akaun bank berbeza sebanyak 19 transaksi sebelum sedar ditipu.
"Dalam kejadian sekitar 3 Nov, mangsa menerima panggilan daripada individu tidak dikenali mendakwa pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan memaklumkan kononnya terdapat bungkusan milik warga emas itu bernilai RM7 juta dirampas di Kuala Lumpur.
"Suspek kemudian menyambungkan panggilan berkenaan kepada seorang lagi individu dikenali sebagai 'Puan Lydia' daripada Bahagian Siasatan Penggubahan Wang Haram (AMLA)," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata melalui helah berkenaan, mangsa diarahkan untuk memindahkan wang ke dalam tiga akaun bank berbeza kononnya bagi tujuan siasatan dan wanita itu telah melakukan 19 transaksi yang keseluruhannya berjumlah RM92,100.
Alexson berkata mangsa hanya menyedari ditipu apabila suspek terus menuntut bayaran tambahan bagi tujuan "menyelesaikan kes" yang mendorongnya membuat laporan polis.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


