APPLE dijangka menamatkan penawaran model iPhone Plus, dan mula menawarkan iPhone Slim bermula iPhone 17 pada 2025 kelak.

Lanjutan daripadanya, kini hadir beberapa laporan awal berkaitan dengan peranti berkenaan. iPhone 17 Slim dijangka akan hadir dengan perubahan pada rekaan peranti.

Selain rekaan yang lebih nipis, iPhone 17 Slim juga akan membawakan rekaan kamera belakang yang diposisikan pada bahagian atas-tengah peranti.

Ini akan menjadikan ia salah satu perbezaan ketara berbanding rekaan kamera belakang yang kini terletak pada bahagian atas-kiri peranti.

Di samping itu, laporan sama juga menyatakan Apple akan mengenakan harga yang lebih mahal untuk model ini – berkemungkinan lebih mahal daripada penawaran iPhone Pro Max.

Dengan tempoh sekitar setahun lagi untuk hadir, mungkin kita akan mendengar lanjut berkaitan iPhone 17, terutamanya iPhone 17 Slim dalam bulan-bulan akan datang. -Amanz