awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ipoh bandar raya pertama di Asia kitar semula guna konsep Thermowaste

Aida Aziz
Aida Aziz
18/10/2023
00:15 MYT
Ipoh bandar raya pertama di Asia kitar semula guna konsep Thermowaste
Contoh model loji kitar semula sisa pepejal menggunakan konsep Thermowaste yang akan dibina di Ipoh. - Foto MBI
IPOH: Ipoh bakal melakar sejarah sebagai bandar raya pertama di Asia yang mengitar semula 100 peratus sisa pepejal menggunakan konsep Thermowaste.
Hasrat itu akan direalisasikan menerusi memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai antara Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), Thermowaste Mancuso Energy Sdn Bhd dan Selekta Spektra.
Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin memberitahu, Thermowaste adalah konsep baharu yang bermatlamat memberi kegunaan tambahan kepada semua sisa dengan mengitar semula dan mengasingkan sisa pepejal isi rumah dengan lebih cekap, cepat dan mudah.
Katanya, ia selari dengan konsep ekonomi donut yang menekankan konsep ekonomi kitaran.
"Setelah selesai pembinaan loji ini, Ipoh akan menjadi bandar raya pertama di Asia yang mengitar semula 100 peratus sisa menggunakan teknologi tersebut.
"Ia merupakan teknologi mesra alam yang tiada pencemaran.
"Asas cara teknologi ini berfungsi adalah melalui proses pensterilan dan proses pembersihan di mana haba, wap dan tekanan dikenakan ke atas sisa pepejal tanpa perlu melakukan pengasingan sebelumnya.
"Selepas 30 minit sisa pepejal diproses, hasil pengeluarannya sudah sedia untuk disisih dalam empat pecahan berbeza iaitu biomass, plastik, logam dan inert," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Antara MBI Dengan Agensi-Agensi Untuk Pembangunan Bandaraya Ipoh, di sini, semalam.
Menurut Rumaizi lagi, semua komoditi asas itu kemudiannya akan dijual di pasaran, sekali gus membolehkan bahan buangan tersebut digunakan semula dalam bentuk berbeza.
"Contohnya, sisa pepejal yang ditukar bentuk kepada biomass akan dijual sebagai bahan bakar menggantikan arang batu untuk kegunaan industri," tambahnya.
Rumaizi menjelaskan, tapak pelupusan sanitari sisa pepejal bukan konsep yang ideal kerana ia memerlukan kawasan tanah yang luas dan menjadikan penggunaan tanah tidak produktif.
Pada majlis semalam, Thermowaste Mancuso Energy Sdn Bhd, MBI dan Selekta Spektra berganding bahu melalui MoU yang ditandatangani.
Ia bagi menjayakan projek, demi alam sekitar lebih bersih dan masa depan lebih baik, sejajar dengan pelan strategik MBI bagi kelestarian alam sekitar.
Topic Berkaitan
#Ipoh
#Thermowaste
#Rumaizi Baharin
#kitar semula sisa pepejal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan