awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suruhanjaya Bangladesh dedah 287 mangsa culik era Sheikh Hasina dibunuh
PM Anwar adakan lawatan rasmi ke Turkiye bermula esok hingga 8 Jan
Mahkamah Paris hukum 10 individu buli siber Brigitte Macron
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IPP belum jelaskan RM197.9 AAIBE - MESTECC

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
07/11/2019
04:53 MYT
IPP belum jelaskan RM197.9 AAIBE - MESTECC
Tiada IPP yang akan terlepas daripada menjelaskan tunggakan sumbangan AAIBE terbabit, tegas Yeo Bee Yin. - Gambar fail
Sejumlah RM197.9 juta tunggakan sumbangan Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik (AAIBE) belum dijelaskan penjana tenaga bebas (IPP) bagi tempoh 2008 hingga 2018.
Menteri Tenaga Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Yeo Bee Yin menegaskan, tiada IPP yang akan terlepas daripada menjelaskan tunggakan sumbangan AAIBE terbabit.
"Bagi memastikan IPP memenuhi syarat lesen dan menyumbang kepada tabung AAIBE dan AAIBE Sabah, baru-baru ini MESTECC melalui Suruhanjaya Tenaga mengambil tindakan untuk memastikan sumbangan untuk tahun kewangan berakhir 2018 dapat dikutip sebelum 31 Disember ini.
“Selain itu, Suruhanjaya Tenaga juga sedang menuntut balik tunggakan IPP untuk tahun 2008 – 2018.
"Untuk IPP yang tidak berupaya membayar secara one-off, rundingan sedang dijalankan bagi menyediakan pelan pembayaran secara ansuran dan memastikan tunggakan sedia ada dijelaskan," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Chan Foong Hin (PH-Kota Kinabalu) yang ingin tahu status AAIBE dan bagaimana wang yang dikutip digunakan bagi membangunkan industri elektrik dan tenaga boleh diperbaharui.
Bee Yin berkata, setakat ini MESTECC berjaya mendapatkan komitmen IPP untuk membayar sebanyak RM100.7 juta untuk AAIBE dan RM4.8 juta bagi AAIBE Sabah secara ansuran sebelum 31 Disember tahun depan.
Mengenai penggunaan dana AAIBE, beliau menjelaskan ia tertakluk seperti yang dinyatakan dalam Surat Ikatan Amanah iaitu membabitkan penyelidikan dan pembangunan serta latihan dan pendidikan.
Topic Berkaitan
#AAIBE
#Akaun Amanah Industri Bekalan Elektrik
#IPP
#penjana tenaga bebas
#Yeo Bee Yin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan