KEPALA BATAS: Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) Universiti Sains Malaysia (USM) akan dikenali sebagai Pusat Perubatan USM mulai Jun ini.
Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan berkata, penjenamaan itu secara tidak langsung menjadikan pusat rujukan kanser itu setanding dengan hospital lain di negara ini.
Faisal berkata, ketika ini, IPPT menjadi satu-satunya pusat rujukan kanser wilayah utara di bawah Kementerian Pengajian Tinggi yang menawarkan perkhidmatan rawatan kanser dan perubatan nuklear terapeutik serta diagnostik.
Justeru, beliau berharap dengan penjenamaan IPPT tersebut,masyarakat akan mengenalinya sebagai sebuah hospital dan fungsinya akan diperluaskan kepada pesakit luar selepas ini.
Beliau berkata, pihaknya turut mendapat sokongan Hospital USM di Kelantan dan kerja-kerja menaik taraf itu dijangka bermula sekitar Jun.
"Tidak lama lagi IPPT akan dikenali sebagai Pusat Perubatan USM maka dengan sendirinya masyarakat akan faham ia adalah sebuah hospital," katanya.
Dalam pada itu, Faisal berkata, IPPT kini secara rasmi diiktiraf sebagai pusat pengajaran dan latihan brakiterapi global yang pertama di Malaysia.
Ia menjadi satu-satunya institusi pendidikan di negara ini yang menerima pengiktirafan dunia apabila menawarkan perkhidmatan untuk rawatan kanser ginekologi, hati, kepala dan leher, prostat dan esofagus dengan pengkhususan khas pada kanser hati primer dan sekunder.
Sejak ia diperkenalkan, hampir 1,000 pesakit dari seluruh negara termasuk Indonesia dan Australia telah dirujuk ke IPPT dengan 578 pesakit telah pun menjalani prosedur brakiterapi.
Rawatan Brakiterapi bagi kanser pangkal rahim bermula pada 2015 dan kanser lidah atau 'Hybrid Brachyteraphy followed by Intensity Modulated Radioteraphy' (HyBIRT) pada 2016.
Katanya Rawatan brakiterapi ditawarkan dalam lima bidang kanser dan dua bidang iaitu kanser lidah dan kanser hati menjadi tumpuan kerana tidak banyak tempat di dunia yg menawarkannya
Kesemua lima bidang iaitu ginekologi, prostat, kepala dan leher, esofagus dan hati memang sudah sedia ada ditawarkan di IPPT.
Faisal berkata, kaedah rawatan ini dijangka akan terus berkembang dan menjadi rawatan pilihan yang efektif bagi rawatan kanser selain kaedah sedia ada seperti pembedahan, radioterapi dan kemoterapi.
"IPPT diberi mandat untuk menjadi akademi braki yang pertama di Malaysia, antara kesan, mandat tersebut, kita akan melatih doktor dalam bidang brakiterapi. Pesakit yang datang ke sini adalah dari Malaysia dan juga luar negara," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran IPPT USM sebagai Pusat Latihan Dan Penyelidikan Antarabangsa Brachy Academy di IPPT USM di Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang pada Isnin.
Hadir sama, Pengarah IPPT Dr Tunku Kamarol Zaman Tunku Zainal Abidin dan Pengurus Pemasaran Klinikal Brachytherapy Solutions Wilayah Asia Pacific, Ulrich Krumme.
Dewi Nur Harasha Alias
Mon Mar 28 2022
Majlis pelancaran IPPT USM sebagai Pusat Latihan Dan Penyelidikan Antarabangsa Brachy Academy di IPPT USM di Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang pada Isnin. - Foto Astro AWANI
PM serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Ahli Parlimen untuk membincangkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan di Parlimen hari ini.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
SPARK CDC lakar sejarah dengan sistem AI Pediatrik pertama di Malaysia
Spark Child Development Centre (SPARK CDC) menerusi klinik pakar kanak-kanak miliknya Signature Child Specialist Clinic, mencipta sejarah baharu dalam bidang pediatrik.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
IPPT USM dikenali pusat perubatan USM Jun ini
IPPT kini secara rasmi diiktiraf sebagai pusat pengajaran dan latihan brakiterapi global yang pertama di Malaysia.