awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penunggang motosikal maut digilis treler
NVIDIA dilapor tangguh rundingan pelaburan sehingga AS$100 bilion dalam OpenAI
LHDN umum perubahan portfolio TKPE, perkukuh keberkesanan organisasi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut ditetak adik ipar

Bernama
Bernama
31/10/2025
16:30 MYT
Lelaki maut ditetak adik ipar
Mangsa yang berusia 45 tahun maut ditempat kejadian dipercayai ditetak oleh adik iparnya sendiri yang berusia 38 tahun. - BERNAMA
JERLUN: Seorang lelaki maut dipercayai ditetak hingga menyebabkan kepalanya terpisah daripada badan akibat terputus pada bahagian leher, dalam kejadian di Kampung Pida 3, dekat sini malam ini.
Dalam kejadian lewat petang tadi, mangsa yang berusia 45 tahun maut ditempat kejadian dipercayai ditetak oleh adik iparnya sendiri yang berusia 38 tahun.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Mohd Radzi Abdul Rahim berkata pihak polis menerima laporan berhubung kejadian itu daripada orang awam pada 7.05 malam tadi, mengenai insiden pergaduhan antara dua lelaki.
"Apabila tiba di tempat kejadian, polis telah menahan suspek di rumahnya dan merampas sebilah parang berukuran 30 sentimeter. Hasil pemeriksaan di tempat kejadian ditemukan satu mayat dalam keadaan terlentang di dalam kawasan sawah padi.
"Sebelum ditahan, suspek yang pada ketika itu masih memegang parang tersebut, cuba menyerang polis tetapi selepas dipujuk selama 15 minit, suspek akhirnya menyerah diri," katanya ketika ditemui pemberita di sini malam ini.
Mohd Radzi berkata selain putus lehernya, mangsa yang juga seorang petani turut mengalami kesan kecederaan tetakkan pada bahagian lain badan.
Beliau berkata jarak rumah suspek dengan tempat kejadian kira-kira 30 meter, sementara rumah mangsa terletak di belakang rumah suspek.
"Kedua-dua mangsa dan suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan punca kejadian masih dalam siasatan.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan suspek akan direman esok," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ditetak
#Kampung Pida 3
#Polis Daerah Kubang Pasu
#adik ipar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan