awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IR4.0: Kerajaan sedia atasi pengangguran - Kula

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
13/11/2019
04:56 MYT
IR4.0: Kerajaan sedia atasi pengangguran - Kula
KSM turut mengukuh dan memperkasakan Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) melalui pelbagai program dan kerjasama bagi mengurangkan jurang ketidakpadanan kemahiran dengan keperluan industri. - Gambar hiasan
Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memainkan peranan besar sebagai Pengerusi Bersama dalam menangani kesan yang sangat signifikan kepada pasaran buruh dan pekerjaan susulan Revolusi Industri 4.0.
Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran berkata menerusi Jawatankuasa Kerja Pembangunan Kemahiran dan Bakat di bawah Industry4WRD yang diterajui oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), ia akan memfokuskan kepada pewujudan dan penghapusan pekerjaan, peningkatan produktiviti buruh dan jurang kemahiran yang semakin meluas.
Ujarnya, Kerajaan bersedia untuk mengatasi tambahan pengangguran yang bakal berlaku disebabkan oleh Revolusi Industri 4.0 ini.
“Sebagai usaha mengatasi kadar pengangguran, Kerajaan telah mengambil langkah-langkah seperti menyediakan perkhidmatan pekerjaan JobsMalaysia yang memberi kemudahan kepada pencari kerja untuk mendapatkan kerja yang bersesuaian melalui pendekatan pemadanan kerja.
“Bagi memenuhi keperluan semasa dan menambah baik kecekapan pasaran buruh, Portal JobsMalaysia telah dirombak serta dinaikkan taraf dan dikenali sebagi Portal JM2.0 yang telah dilancarkan pada September 2018.
“Selain itu, KSM turut menganjurkan Program Penempatan Pekerjaan yang merangkumi Karnival Kerjaya, penempatan melalui Client Account, Temuduga Terbuka, Program Kerjasama Antara Agensi, Holiday Placement For Students (HOPS), Penempatan Dengan Kerjasama APS, Program Penempatan Golongan Khas serta Program Penyesuaian Kerjaya (2PK).
“Program-program ini telah diadakan dari semasa ke semasa bagi menemukan pencari kerja dengan majikan yang sepadan. Bagi tempoh Januari-Jun 2019, seramai 22,563 orang pencari kerja telah berjaya mendapat penempatan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Datuk Seri Rohani Abdul Karim (GPS-Batang Lupar) yang ingin tahu sama ada Kerajaan bersedia untuk mengatasi tambahan pengangguran yang bakal berlaku dan apa tindakan Kerajaan untuk mengatasi Revolusi Industri 4.0.
Selain itu, jelasnya KSM turut mengukuh dan memperkasakan Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) melalui pelbagai program dan kerjasama bagi mengurangkan jurang ketidakpadanan kemahiran dengan keperluan industri.
Topic Berkaitan
#buruh
#Dewan Rakyat
#Industry4WRD
#Jawatankuasa Kerja Pembangunan Kemahiran dan Bakat
#kemahiran belia
#Kementerian Pendidikan Malaysia
#Kementerian Sumber Manusia
#KPM
#Kula Segaran
#MITI
#Parlimen
#Rohani Abdul Karim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan