awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Iran ikrar akan pastikan Israel menyesal - Pezeshkian

Agensi
Agensi
13/06/2025
14:42 MYT
Iran ikrar akan pastikan Israel menyesal -  Pezeshkian
Pezeshkian juga berkata perpaduan, kepercayaan, solidariti dan kemuafakatan rakyat Iran kini lebih kuat. - Reuters
TEHRAN: Iran tidak akan berdiam diri dan berikrar akan membuat Israel menyesal terhadap serangan udara Israel ke atas beberapa tapak nuklear dan kawasan awam di seluruh negara itu awal pagi Jumaat.
Tegas Presidennya Masoud Pezeshkian, Iran akan melakukan tindak balas terhadap "tindakan bodoh" Israel itu.
Pezeshkian juga berkata perpaduan, kepercayaan, solidariti dan kemuafakatan rakyat Iran kini lebih kuat.
"Sudah tentu rakyat dan para pemimpin Iran tidak akan berdiam diri terhadap tindakan jenayah ini.
"Republik Islam Iran juga sudah tentu dengan segala kuasa yang mereka ada, akan menjadikan musuh berasa menyesal dengan tindakan kurang bijak itu," tegasnya.
Pezeshkian berkata, rakyat Iran menyaksikan pencerobohan kejam rejim Zionis ke atas Tehran dan bandar-bandar lain di negara itu yang membawa kepada kematian bayi, wanita termasuk komander tentera dan saintis nuklear.
"Tindakan kejam ini yang sudah pasti melanggar semua komitmen antarabangsa.
"Ini juga menunjukkan sifat jenayah rejim Zionis yang tidak sah, di mana kewujudannya berasaskan penjajahan, pencerobohan dan pembunuhan kanak-kanak," katanya.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Iran
#Israel
#serangan udara
#pencerobohan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan