awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
Op Sapu: Imigresen tahan 10 warga China di Labuan
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Islam bukan agama yang menekan orang lain

Bernama
Bernama
20/11/2018
06:10 MYT
Islam bukan agama yang menekan orang lain
TAIB: Islam sebagai agama penyatuan sememangnya telah berlaku sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi dan menjadi panduan dalam pentadbiran negara ini khasnya di Sarawak. - BERNAMA/Fail
Islam bukanlah satu agama yang menekan orang lain atau memecah belahkan masyarakat, sebaliknya ia adalah agama yang menyatupadukan masyarakat berbilang kaum dan agama.
Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud berkata Islam sebagai agama penyatuan sememangnya telah berlaku sejak zaman Nabi Muhammad SAW lagi dan menjadi panduan dalam pentadbiran negara ini khasnya di Sarawak.
"Perlembagaan negara memberikan hak yang istimewa kepada Islam sebagai agama rasmi negara ini namun ia tidak mempunyai diskriminasi terhadap masyarakat beragama lain.
"Islam menggalakkan kita berbaik-baik dengan semua golongan dan di negeri kita, kita dapat memupuk persaudaraan dengan masyarakat pelbagai kaum," katanya semasa majlis sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Sarawak di Kompleks Sukan Sarikei di sini, hari ini.
Beliau mengucapkan tahniah kepada masyarakat Islam dan bukan Islam di negeri itu kerana berjaya mewujudkan hubungan yang amat baik antara satu sama lain.
Terdahulu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata kepimpinan negeri itu belajar daripada cara pentadbiran yang diamalkan oleh Rasulullah mengikut Piagam Madinah.
Piagam itu yang menekankan pentingnya sistem sosial yang adil dan saksama memperkukuhkan perpaduan masyarakat di Madinah pada ketika itu.
Dengan mencontohi Rasulullah, Abang Johari berkata kerajaan negeri akan dapat mentadbir Sarawak dengan baik.
Taib dan Abang Johari selepas itu menyertai lebih 3,200 peserta perarakan daripada 129 kontinjen berbilang kaum dan agama sejauh 3.5 kilometer bermula dari kompleks tersebut. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Maulidur Rasul
#Taib Mahmud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan