awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ismail Sabri tiba di Ibu Pejabat SPRM untuk beri keterangan hari keempat

Asyraf Malik
Asyraf Malik
19/03/2025
02:10 MYT
Ismail Sabri tiba di Ibu Pejabat SPRM untuk beri keterangan hari keempat
Ismail Sabri melambai tangan dari dalam kenderaan kepada kumpulan wartawan yang mengadakan liputan di luar pekarangan ibu pejabat SPRM, Putrajaya, pada Rabu. - Gambar Astro AWANI
PUTRAJAYA : Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), di sini, di sini, sekitar pukul 9.57 pagi Rabu.
Beliau tiba bagi hari keempat merakam keterangan berhubung dakwaan kes rasuah dan pengubahan wang haram semasa mentadbir kerajaan dari 2021 hingga 2022.
Ahli Parlimen Bera itu tiba dengan menaiki kenderaan berwarna hitam jenis Vellfire sambil diiringi polis pengiring.
Beliau sempat menurunkan tingkap kereta untuk melambai tangan kepada kumpulan wartawan yang berkampung di luar pekarangan ibu pejabat SPRM.
Semalam pada Selasa, Ismail Sabri dijadual untuk merakam keterangan sekitar pukul 10 pagi namun ditangguhkan pada saat akhir atas sebab yang tidak didedahkan.
Manakala kelmarin pada Isnin, Ismail Sabri mengambil masa lebih 6 jam untuk merakam keterangan, beliau tiba pada pukul 9.52 pagi dan keluar dari ibu pejabat SPRM tepat pukul 4.30 petang.
Difahamkan siasatan pada Isnin itu menumpukan kepada beberapa dokumen penting iaitu kelulusan projek dan perolehan sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri.
Selain itu, pada minggu lalu, Ismail Sabri memberikan keterangan selama 5 jam pada Khamis dan hampir enam jam pada Jumaat berkaitan aset yang diisytiharkan beliau pada 19 Februari lepas.
Untuk rekod, siasatan SPRM ke atas Ismail Sabri dilancarkan susulan penemuan wang tunai dalam pelbagai mata wang asing serta jongkong emas yang secara keseluruhan berjumlah RM177 juta.
Pendedahan itu dibuat menerusi siri serbuan membabitkan tiga premis, termasuk sebuah 'safe house' di sekitar ibu negara milik bekas pegawai kanan Ismail Sabri.
Semua hasil rampasan turut dikaitkan dengan perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta program publisiti sewaktu Ismail Sabri memegang tampuk kepimpinan kerajaan.
SPRM juga dilaporkan menyita 13 akaun bank bagi membantu siasatan kes.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#pengubahan wang haram
#safe house
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan