SUBANG: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini pagi tadi setelah melakukan lawatan kerja selama empat hari di Amerika Syarikat (AS).
Kira-kira 400 orang terdiri daripada kepimpinan UMNO, mahasiswa dan belia serta Keluarga Malaysia berada di perkarangan pangkalan udara itu untuk menyambut ketibaan Perdana Menteri dengan membawa pelbagai kain rentang.
Antara yang kelihatan tertera pada kain rentang adalah "DSIS lantang perjuangkan rakyat Palestin di depan pemimpin dunia", "Salute keberanian YAB PM tak gentar perjuangkan isu keamanan depan pemimpin dunia" dan "Thank you PM DSIS less talk, more action" diiringi lagu patriotik 'Inilah Barisan Kita'.
Turut hadir Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Ismail Sabri turut memberhentikan kenderaannya serta meluangkan masa kira-kira setengah jam menyantuni mereka yang hadir.
Dalam lawatan kerja di AS, Perdana Menteri mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS di samping mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Joe Biden serta pemimpin negara-negara ASEAN.
Dalam sidang medianya di penghujung lawatan, beliau menyifatkan lawatan itu sebagai satu kejayaan dalam mengukuhkan lagi hubungan Malaysia-AS serta ASEAN-AS, dan pada pada Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS yang dipengerusikan Biden pula, perdana menteri menyentuh pelbagai isu termasuk krisis Rusia-Ukraine, Laut China Selatan, Palestin dan Myanmar.
Menurut Perdana Menteri konflik-konflik itu bukan sahaja menjejaskan ekonomi dunia tetapi juga mengorbankan rakyat yang tidak berdosa.
Malaysia adalah satu-satunya negara pada persidangan itu yang secara berterus-terang meminta agar AS membantu melaksanakan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai pembentukan negara Palestin sebelum perang 1967 yang memberi hak Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Palestin.
Di hadapan Presiden AS, Perdana Menteri meminta AS berlaku jujur dan telus dalam menangani isu Israel-Palestin dan berkata: "Kekejaman Israel terhadap rakyat Palestin yang terus berleluasa harus dihentikan segera".
Mengenai isu Laut China Selatan dan Myanmar pula, Malaysia mahu Laut China Selatan kekal sebagai kawasan bebas daripada campur tangan kuasa besar dan kekal sebagai kawasan perdagangan bebas dan meminta kuasa-kuasa besar sama ada China atau AS menghentikan provokasi di Laut China Selatan.
Dalam isu Myanmar, Malaysia berharap ia dapat diselesaikan secara diplomatik dengan pematuhan konsensus lima perkara ASEAN mengenai Myanmar.
Sebagai sebuah negara paling terkesan dengan kebanjiran pelarian dari Myanmar, Malaysia meminta AS membantu memindahkan mereka ke negara ketiga lain.
Sementara itu, seorang pereka kandungan media, Muhammad Adib Aiman Badrul Shahar, 33, yang turut menyambut kepulangan Perdana Menteri berkata, beliau tiba di perkarangan pangkalan udara itu pada pukul 8 pagi.
"Kepulangan Perdana Menteri dari AS membawa berita baik, mengundang kehadiran pelabur luar, di samping membawa nama baik Malaysia, dan tidak salah untuk kita menyambutnya," katanya.
Beliau berkata seperti mana orang ramai menyambut kepulangan atlet yang membawa kejayaan kepada negara, perkara seumpama itu juga patut dilakukan kepada Perdana Menteri yang lantang bersuara di peringkat antarabangsa.
Siswazah Universiti Malaya, Wan Nuremmelly Mekar, 21, yang tiba di pangkalan itu sekitar 7.50 pagi pula berkata: "Sebagai rakyat Malaysia, saya rasa bangga kerana Perdana Menteri berpeluang ke AS untuk bertemu dengan pemimpin dunia," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sun May 15 2022

Kira-kira 400 orang berada di perkarangan Pangkalan Udara TUDM Subang untuk menyambut ketibaan Perdana Menteri dengan membawa pelbagai kain rentang. - Gambar BERNAMA

Kebangkitan semula BN bukti komitmen kepimpinan parti tambat hati rakyat - Zahid
Kebangkitan semula gabungan politik itu sekali gus meranapkan segala telahan pihak luar kononnya Pilihan Raya Umum ke-14 pada 2018 adalah penghujung hayat BN.

Kaji naikkan pengiraan had kifayah zakat - MAIPk
Perkara itu dibuat selaras dengan situasi ekonomi sekarang yang kian mencabar, di samping penghapusan subsidi beberapa barangan asas.

ASEAN terima pakai dasar kawal selia farmaseutikal ke arah integrasi pasaran
Langkah itu membolehkan pengurangan halangan perdagangan dan meningkatkan penyelarasan keperluan pengawalseliaan dan kerjasama pengawal selia.

Laluan Pos Betau-Lembah Bertam kembali dibuka 7 Julai
Bagaimanapun, ia hanya boleh dilalui oleh kenderaan ringan di bawah 5 tan sahaja.

Penyokong Malaysia bakar semangat Momota
Dia yang turun selaku pilihan kedua ternyata lebih agresif berbanding sebelumnya apabila mendahului dengan selesa 13-6 ketika berdepan pemain Indonesia Shesar Hiren Rhustavito pada aksi suku akhir.

Tiga perkara penting dibawa pulang Malaysia dari WUF11 - Reezal Merican
Paling utama, negara mahu belajar dari negara-negara anggota UN-Habitat mengenai amalan terbaik pembangunan perbandaran.

Penduduk Asia Pasifik menua lebih cepat, lebih 630 juta berumur 60 tahun ke atas - PBB
Menjelang 2050, jumlah penduduk berumur 60 tahun ke atas di Asia Pasifik diunjurkan meningkat kepada 1.3 bilion.

45,879 rakyat berpeluang tebus e-baucar pengangkutan udara
Seramai 45,879 rakyat Malaysia berpeluang menebus e-baucar bernilai RM25 hingga RM100 bagi pembelian tiket penerbangan domestik secara dalam talian sehingga hujung tahun ini.

Teknologi | Trak berkuasa hidrogen, elektrik inovasi terbaharu UK
Bermula tahun 2030, semua jenis kenderaan di United Kingdom perlu menggunakan kuasa elektrik dan bukan lagi bahan api. Ini termasuk trak pelbagai muatan, namun pembawaan tenaga bateri menjadi satu cabaran kerana masalah berat yang juga disifatkan tidak mesra pengguna.

Inflasi | Pekerja lapangan terbang di Perancis tuntut naik gaji
Penerbangan dari Lapangan Terbang Charles De Gaulle di Paris dan beberapa lapangan terbang lain di Perancis mengalami gangguan pada Jumaat. Ia selepas pekerja lapangan terbang mengadakan mogok dan bantahan bagi menuntut kenaikan gaji bagi mengimbangi inflasi.

Saya PM daripada BN, serang saya bermakna melemahkan kepimpinan BN - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan beliau adalah Perdana Menteri daripada Barisan Nasional (BN), justeru sebarang tindakan menyerangnya bermakna melemahkan kepimpinan gabungan politik itu.

PM Ismail Sabri ucap tahniah kepada Presiden Filipina baharu, Marcos Jr
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan tahniah kepada Ferdinand Romualdez Marcos Jr yang mengangkat sumpah sebagai Presiden Filipina yang ke-17 hari ini.

PM bangga Malaysia negara contoh bentuk perpaduan kaum
Perdana Menteri menzahirkan rasa bangga apabila diberitahu bahawa Malaysia merupakan negara contoh kepada masyarakat dunia kerana berjaya membentuk perpaduan antara kaum.

Kabinet tubuh Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi - PM
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi itu bagi membantu Keluarga Malaysia menghadapi cabaran peningkatan kos sara hidup.

Kerajaan pimpinan Ismail Sabri fokus bantu rakyat - Idris
Sehingga hari ini, isu Pilihan Raya Umum ke-15 tidak pernah disentuh oleh Perdana Menteri ketika mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

Perdana Menteri ucap tahniah kejayaan Pandelela raih pingat gangsa
Perdana Menteri menerusi catatan di Facebook berharap kejayaan yang diraih Pandelela akan menjadi pendorong kepada mereka yang akan beraksi dalam acara-acara seterusnya.

Peruntukan tambahan RM100 juta untuk SPIM TEKUN - Ismail Sabri
Beliau turut mengumumkan peruntukan tambahan RM30 juta bagi Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) di bawah SME Corporation Malaysia.

BKM: Bantuan cecah RM8.2 bilion, tertinggi dalam sejarah - Tengku Zafrul
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan inisiatif bantuan tunai langsung tertinggi dalam sejarah berbanding Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan Bantuan Sara Hidup (BSH).

PM buat tinjauan mengejut harga barang
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini melakukan tinjauan mengejut buat pertama kali berkaitan situasi harga barangan di sebuah pasar raya di ibu negara.

Trend menurun kadar pengangguran tanda positif pemulihan ekonomi - PM
Kadar pengangguran yang dicatatkan pada 2020 berada pada tahap tertinggi iaitu pada kadar 4.5 peratus dan 4.6 peratus berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara