awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ismawi tidak akan didakwa untuk hasutan gulingkan kerajaan

Bernama
Bernama
07/01/2014
00:03 MYT
Ismawi tidak akan didakwa untuk hasutan gulingkan kerajaan
Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail memutuskan untuk tidak mendakwa Ismawi Hadani yang memuat naik kenyataan bagi menghasut pengikut akaun Facebook beliau untuk mengguling kerajaan.
Beliau berkata Jabatan Peguam Negara sudah mempertimbang semua faktor berkaitan kes ini dan memandang serius kesalahan yang dilakukan.
"Bagaimanapun, sebagai pendakwa raya, saya mempertimbang kenyataan Ismawi yang menunjukkan beliau sudah insaf selain memohon maaf kepada orang awam," katanya dalam satu kenyataan pada hari Isnin.
Ismawi, 25, seorang penganggur yang memiliki akaun Facebook atas nama Asmaelz Hadzeny dan Asmaelz Hadzeny II, ditahan pada 26 Dis lepas di Kampung Karambut, Saratok.
Dia ditahan reman sepuluh hari oleh polis Bukit Aman berkaitan kenyataan beliau 'sertai Himpunan Guling Kerajaan' yang didakwa menghasut orang ramai mengadakan tunjuk perasaan.
Abdul Gani berkata siasatan polis mendedahkan Ismawi tidak mendapat sebarang sokongan daripada rakan dan pengikut akaun Facebook beliau sebaliknya dia dikutuk serta dikritik kerana membuat kenyataan itu.
"Beliau juga didapati tidak bertindak mempertahankan dirinya malah mengalah sebaik sahaja menerima maklum balas negatif daripada pengikutnya," katanya.
Sabtu lepas, Ismawi memohon maaf dan berkata beliau membuat kenyataan itu hanya sekadar untuk suka-suka tanpa memikirkan akibatnya.
Kes itu disiasat di bawah aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.
Topic Berkaitan
#Abdul Gani Patail
#Facebook
#Ismawi Hadani
#mengguling kerajaan
#menghasut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan