Skip to main content

Dunia

Serangan siber jejas empat bank - Iran

61732627476_CyberAttack.jpg
"Serangan siber terhad" menyebabkan gangguan di empat bank Iran termasuk Bank Negara Iran, Bank Tejarat, Bank Saderat Iran dan Bank Tosee Saderat, menurut Iran pada Ahad. - Foto hiasan

ISTANBUL: "Serangan siber terhad" menyebabkan gangguan di empat bank Iran termasuk Bank Negara Iran, Bank Tejarat, Bank Saderat Iran dan Bank Tosee Saderat, menurut Iran pada Ahad, lapor Anadolu Ajansi (AA), memetik media tempatan.

"Pasukan teknikal segera melaksanakan langkah pencegahan dan perlindungan yang diperlukan untuk melindungi data pelanggan dan infrastruktur perbankan negara selepas mengenal pasti tanda luar biasa," kata Majlis Penyelarasan Bank negara itu dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita kendalian kerajaan IRNA.

“Siasatan teknikal terperinci menunjukkan gangguan disebabkan oleh serangan siber terhad ke atas infrastruktur komunikasi perkongsian keempat-empat bank tersebut, dan mujurlah, tiada akses tanpa kebenaran terhadap maklumat pelanggan berlaku dan tiada maklumat dipadamkan," menurut majlis itu.

Semua sistem infrastruktur kini berada di bawah kawalan pakar teknikal, katanya, sambil menambah operasi pemulihan dan keselamatan sedang berjalan.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video

Advertisement