awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel mahu zon penampan di Gaza selepas tamat konflik

Agensi
Agensi
02/12/2023
06:06 MYT
Israel mahu zon penampan di Gaza selepas tamat konflik
Zon penampan itu mungkin menjadi kontroversi kerana ia bakal menghimpunkan 2.3 juta penduduk Gaza di kawasan yang lebih kecil. -Reuters
GAZA: Israel memaklumkan beberapa negara di rantau itu mahukan zon penampan di sempadan Gaza untuk mengelakkan serangan masa depan selepas tamat konflik dengan Hamas.
Memetik Reuters, Israel menyampaikan rancangan itu kepada Mesir, Jordan, Emiriah Arab Bersatu, Turki dan Arab Saudi serta memetik tiga "sumber serantau" pada Sabtu.
Reuters juga memetik, penasihat dasar luar Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, Ophir Falk berkata permohonan zon penampan berkemungkinan menjadi sebahagian daripada proses membawa keluar tentera daripada kawasan itu.
Zon penampan itu mungkin menjadi kontroversi kerana ia bakal menghimpunkan 2.3 juta penduduk Gaza di kawasan yang lebih kecil.
Terdahulu, laman berita Middle East Eye melaporkan sebuah dokumen yang dikumpul perisikan Israel mendedahkan komplot rejim Zionis untuk mengusir penduduk Palestin ke Sinai, Mesir selepas menggulingkan pentadbiran Hamas di Semenanjung Gaza.
Topic Berkaitan
#Benjamin Netanyahu
#Hamas
#Israel
#rejim Zionis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan