awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
50 bazar Ramadan, lapan Aidilfitri di Melaka
Kerajaan rangka langkah pastikan harga ikan lebih berpatutan di Semenanjung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Israel serang Iran: Tiada rakyat Malaysia terjejas, Wisma Putra pantau rapi

Astro Awani
Astro Awani
26/10/2024
03:30 MYT
Israel serang Iran: Tiada rakyat Malaysia terjejas, Wisma Putra pantau rapi
Awal pagi Sabtu, IDF mengakui sedang "melakukan serangan tepat ke atas sasaran tentera di Iran,". - Gambar/ X @genetic26_
KUALA LUMPUR : Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan rejim Zionis Israel ke atas Republik Islam Iran, terutamanya di bandar Tehran, Karaj, Kashan, Mashhad dan Shiraz pada awal pagi Sabtu.
Susulan itu, Kedutaan Malaysia di Tehran sedang memantau dengan teliti perkembangan ini.
Setakat ini, Wisma Putra memaklumkan dalam satu kenyataan, tiada rakyat Malaysia yang dilaporkan terjejas oleh serangan berkenaan.
"Semua rakyat Malaysia di Iran dinasihatkan supaya bertenang, berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta panduan yang diberikan oleh pihak berkuasa tempatan," katanya.
Wisma Putra pada masa sama menyifatkan serangan ini merupakan pelanggaran jelas ke atas undang-undang antarabangsa dan menjejaskan kestabilan serantau.
Malaysia menggesa agar tindakan permusuhan dihentikan serta-merta dan kitaran keganasan ditamatkan.
Tindakan berterusan Israel tanpa sebarang hukuman, telah dan akan menjejaskan keselamatan dan kestabilan masa depan Asia Barat, sekali gus membawa rantau tersebut ke ambang konflik yang lebih meluas.
Difahamkan, skala serangan, jumlah yang terkorban, dan tahap kerosakan masih disiasat.
Rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Tehran, seperti butiran berikut:
KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI TEHRAN No. 25, 2nd Alley, North Zarafshan St., Shahrak-e-Gharb, Tehran, Republik Islam Iran Nombor telefon: +9821 88072444 atau +9821 88078606 Emel: [email protected]
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Iran
#rakyat Malaysia
#Israel
#Israel serang Iran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan