Kasih sayang seorang isteri sukar dipertikaikan apatah lagi sanggup berhenti kerja demi menjaga suami tercinta dan berkongsi derita.
Pengorbanan iibarat 'calon penghuni syurga' itu bukan sahaja atas dasar tanggungjawab tetapi didorong oleh perasaan cinta yang telah dilafaz sejak diijabkabul.
Bagi Fatimah Jusoh, 56, dia terpaksa berhenti kerja sebagai penoreh getah semata-mata tanggungjawab untuk menjaga suaminya yang kini terlantar akibat diserang penyakit angin ahmar sejak setahun lalu.
Malah, 'kerjaya' penoreh getah yang dilakukan sejak puluhan tahun lalu merupakan pendapatan utama keluarga mereka yang menetap di Kampung Lebur, Gua Musang, Kelantan.
Menurut Fatimah, suaminya Abdul Kadir Dollah, 60, gagal menguruskan diri sendiri selepas tidak dapat berjalan akibat diserang angin ahmar ketika sedang mandi tahun lalu.
"Saya ambil keputusan untuk berhenti kerja dan menjaga menguruskan rutin hariannya. Saya tahu ini adalah tanggungjawab saya sebagai isteri," katanya ketika ditemui di rumah di sini baru-baru ini.
Menceritakan lebih lanjut, Fatimah berkata hasil perkahwinan dengan suami, mereka dikurniakan lapan orang anak yang mana lima daripadanya telah berkeluarga.
Katanya, dua lagi telah bekerja manakala seorang masih bersekolah dan tinggal bersama mereka.
Ujar Fatimah, ketika ini mereka hanya menggunakan wang bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM200 sebulan.
Selain sedih melihat keadaan suami tercinta, beliau juga resah memikirkan rumah kayu yang didiami lebih 40 tahun itu usang serta hampir roboh.
"Hidup kami juga diselubungi kebimbangan apabila terpaksa mendiami rumah usang yang menunggu masa untuk roboh serta terpaksa berpindah tempat tidur ketika hujan akibat lantai kayu basah," katanya.
Muhafandi Muhamad
Sun Nov 12 2017
Fatimah sanggup berhenti kerja demi menjaga kebajikan suami tercinta yang diserang penyakit angin ahmar. - Astro AWANI.
PM serah kepada Ahli Parlimen untuk bincang
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan kepada Ahli Parlimen untuk membincangkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan di Parlimen hari ini.
Batu Puteh: Tidak timbul soal PM perlu tanggungjawab secara peribadi atas keputusan Kabinet - Muhyiddin
Muhyiddin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
SPARK CDC lakar sejarah dengan sistem AI Pediatrik pertama di Malaysia
Spark Child Development Centre (SPARK CDC) menerusi klinik pakar kanak-kanak miliknya Signature Child Specialist Clinic, mencipta sejarah baharu dalam bidang pediatrik.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
Isteri 'calon syurga' sanggup berkorban jaga suami
Bagi Fatimah Jusoh, dia terpaksa berhenti kerja sebagai penoreh getah semata-mata tanggungjawab untuk menjaga suaminya yang kini terlantar akibat diserang penyakit angin ahmar sejak setahun lalu.