Skip to main content

Malaysia

Isteri dirempuh ketika sarapan di kopitiam, warga emas enggan berganjak

41700884804_tbIsteriDirempuh.jpg
MALANG memang tidak berbau. Seorang lelaki warga emas kehilangan isteri tercinta apabila sebuah kereta merempuh ke arah sebuah kopitiam, lokasi di mana dia dan isterinya sedang menikmati sarapan pagi.

Menurut laporan China Press, kejadian menyayat hati itu berlaku di Bahau, Negeri Sembilan. Difahamkan, kenderaan yang merempuh kopitiam terbabit ingin meletakkan kenderaan di ruangan parkir.

Bagaimanapun, entah di mana silapnya, si pemandu menekan pedal minyak, menyebabkan kenderaan hilang kawalan lalu menyebabkan rempuhan.

Melihat isteri pergi di depan mata sendiri, lelaki warga emas yang tidak mengalami sebarang kecederaan itu enggan berganjak daripada tempat kejadian selepas kehilangan isterinya.

Dia dilihat duduk di atas kerusi, enggan berganjak. Difahamkan, ramai yang cuba memujuk dan menenangkan lelaki warga emas itu, namun, dia masih enggan bergerak.

Difahamkan, pemandu kereta berkenaan juga merupakan seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun.

Artikel asal disiarkan Gempak memetik MustShareNews dan China Press




Advertisement

Must Watch Video