Isteri kepada mangsa kejadian tanah runtuh di Lembah Bertam di sini tidak menyangka kegusaran suaminya, Hanipan Saroni, berhubung hujan lebat yang turun pada 5 Nov lepas, menjadi kenyataan apabila lelaki itu mati tertimbus.
Sunami Marzuki, 44, berkata suaminya bimbang hujan lebat dan perkara buruk menimpa mereka pada malam kejadian.
"Dia (Hanipan) berasa tidak sedap hati ketika bermalam di rumah kongsi yang kami diami, kerana hujan sangat lebat pada malam itu tidak seperti sebelum ini," katanya ketika ditemui Bernama di sini, hari ini.
Menceritakan detik cemas kejadian, Sunami berkata dia tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya melihat suaminya yang berusia 48 tahun terkorban di depan mata.
"Tanah telah mencecah paras lutut dan saya merangkak untuk selamatkan diri, apabila pandang ke belakang saya dengar dia mintak tolong dan melihat dia telah tertimbus, hanya tangannya sahaja yang terkapai-kapai," katanya.
Katanya, kejadian berlaku begitu pantas dan dia berasa sangat sedih dan terkilan kerana tidak dapat menyelamatkan suaminya.
Dia berkata tanah runtuh berlaku ketika mereka sedang tidur dan kedengaran bunyi runtuhan yang kuat di luar rumah.
"Kami segera bangun untuk menyelamatkan diri tetapi suami saya tidak sempat melarikan diri kemungkinan kain pelekat yang dipakainya tersangkut menyebabkan dia sukar bergerak," katanya.
Sunami berjaya menyelamatkan diri dan segera meminta bantuan daripada jirannya.
Dia yang mempunyai dua orang anak berumur 22 tahun dan 17 tahun hasil perkahwinannya dengan Hanipan, berkata jenazah suaminya dibawa pulang ke Surabaya, Jawa Timur, Indonesia pada pukul 5.30 petang tadi dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) untuk dikebumikan.
"Segala kos penghantaran majikan saya yang tanggung dan saya juga pulang ke kampung selepas selesai proses imigresen," katanya yang sudah dua tahun tinggal di Malaysia.
Mayat Hanipan ditemui tertimbus di rumahnya oleh pasukan penyelamat pada pukul 9.20 pagi, Khamis lepas dan mayatnya dibawa ke Hospital Sultanah Hajjah Kalsom di Tanah Rata untuk bedah siasat.
Dalam kejadian pukul 6.30 petang Rabu lepas, penduduk di tebing Sungai Bertam dekat sini diarahkan berpindah apabila air Empangan Sultan Abu Bakar dilepaskan secara berperingkat ekoran parasnya yang semakin meningkat akibat hujan lebat.
Pekan Ringlet juga dilanda banjir kilat apabila air di sungai berhampiran naik melebihi paras tebing ekoran hujan lebat selama sejam.
Kejadian yang mengorbankan lima mangsa manakala lima lagi cedera turut menjejaskan 203 penduduk yang terdiri daripada 47 keluarga di Kampung Baru Ringlet dan Lembah Bertam yang terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Dewan Orang Ramai Ringlet.
Bernama
Sat Nov 08 2014
Menceritakan detik cemas itu, Sunami berkata dia tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya melihat suaminya terkorban di depan mata. -Gambar fail
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Isteri mangsa tanah runtuh tidak sangka kebimbangan suaminya jadi kenyataan
Menceritakan detik cemas kejadian, Sunami berkata dia tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya melihat suaminya yang berusia 48 tahun terkorban di depan mata.