awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri maut, suami cedera langgar monyet

Sinar Harian
Sinar Harian
13/03/2023
03:30 MYT
Isteri maut, suami cedera langgar monyet
Motosikal Yamaha Y100 yang ditunggang pasangan warga emas itu sebelum terbabit dalam kemalangan. Gambar kecil: Mesah
ALOR GAJAH: Seorang wanita warga emas maut, manakala suaminya cedera selepas motosikal ditunggang terlanggar seekor monyet di Jalan Lubok Cina di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, dalam kejadian jam 10 pagi itu, mangsa, Mesah Puteh, 50, yang beralamat di Kampung Seberang, Ramuan China Kechil meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di zon kuning Hospital Alor Gajah.
Menurutnya, pasangan warga emas yang menunggang motosikal Yamaha Y100 itu dalam perjalanan pulang dari arah pekan Lubok China ke rumah mereka.
Katanya, setiba di lokasi motosikal mereka telah melanggar seekor monyet lalu terbabas ke kiri jalan.
"Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Alor Gajah untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Namun mangsa wanita dimaklumkan telah meninggal dunia pada jam 1.69 petang pada hari sama," katanya ketika di hubungi di sini pada Isnin.
Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) APJ 1987. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#langgar monyet
#warga emas
#Jalan Lubok Cina
#Mesah Puteh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan