awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri maut, suami parah pikap terbalik di LPT2

Astro Awani
Astro Awani
22/06/2016
01:26 MYT
Isteri maut, suami parah pikap terbalik di LPT2
Nahas dipercayai berlaku selepas Toyota Hilux yang dipandu suami mangsa hilang kawalan hingga merempuh besi penghadang jalan sebelum berpusing dan terbalik. -Gambar hiasan
Seorang wanita maut selepas tercampak keluar dari kenderaan jenis Toyota Hilux yang dipandu suaminya yang terbabas lalu terbalik.
Kejadian berlaku di Kilometer 339.8 Lebuhraya Pantai Timur LPT2 berhampiran susur masuk Kuala Dungun kira-kira jam 7 malam pada Selasa.
Erawati Che Mat, 36 tahun, yang berasal dari Kampung Seberang Marang maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala manakala suaminya Zamri Rani cedera di bahagian badan.
Pasangan suami isteri itu dikatakan dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menghala ke Kuantan apabila kenderaan yang dipandu hilang kawalan selepas terlanggar lopak air.
Kenderaan terbabit kemudiannya merempuh penghadang jalan di sebelah kiri sebelum terbalik beberapa kali mengakibatkan mangsa yang duduk di bahagian hadapan tercampak ke tengah pembahagi jalan.
Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Mayat Erawati dihantar ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat manakala suaminya dirawat di Unit Kecemasan hospital berkenaan.
Topic Berkaitan
#Erawati Che Mat
#kemalangan di lpt2
#Lebuhraya Pantai Timur
#Paka
#pikap
#Toyota Hilux
#Zamri Rani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan