awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
PH nyatakan sokongan kerajaan negeri Perlis sedia ada kekal hingga tamat penggal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isteri Musa Hassan fail permohonan cerai

Sinar Harian
Sinar Harian
30/03/2023
03:20 MYT
Isteri Musa Hassan fail permohonan cerai
Elly Afizahwati (kiri) mengemukakan permohonan cerai terhadap Musa Hassan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003. -Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Krisis rumah tangga bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kembali diperkatakan apabila isterinya memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada Khamis.
Suri rumah, Puan Sri Elly Afizahwati Abdul Jalil, 42, mengemukakan permohonan cerai berkenaan mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Selangor) 2003.
Ibu kepada seorang anak lelak lelaki berusia lapan tahun itu, hadir dengan ditemani peguam syarienya, Datuk Hazizah Kassim dan Noorulhuda Daud.
Bekas ahli perniagaan itu hadir di mahkamah dengan memakai baju kurung, memfailkan permohonan berkenaan kerana shiqaq (perbalahan berpanjangan).
Mahkamah kemudian menetapkan 11 Mei depan untuk sebutan semula kes.
Isteri Musa Hassan fail cerai
Untuk rekod, pasangan ini berkahwin pada 2 Ogos 2013 lalu dan dikurniakan seorang anak.
Pada 9 Mac lalu, Musa berkata, masalah rumah tangga yang dihadapinya itu bukanlah baharu sebaliknya berlarutan hampir tiga tahun.
Malah katanya, mereka tidak lagi tinggal sebumbung bermula enam bulan lalu.
Beliau turut menggesa orang ramai supaya menghormati privasinya.
BACA: 'Saya sudah 6 bulan tidak tinggal bersama isteri' - Musa Hassan
Sebelum ini, tiga klip video berdurasi sembilan saat, 56 saat, dan 10 saat dimuat naik pengguna Twitter memaparkan pertelingkahan antara sepasang suami isteri yang turut disaksikan seorang kanak-kanak.
Polis mengesahkan, telah membuka kertas siasatan berhubung satu kejadian membabitkan Musa dan isterinya, yang rakaman video berkenaan tular di media sosial sejak awal bulan ini. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Bekas Ketua Polis Negara
#Musa Hassan
#fail permohonan cerai
#Elly Afizahwati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan