awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pelajar UniSZA maut kereta dirempuh
United pecat Amorim, Darren Fletcher ambil alih sementara
97 pusat operasi penipuan dalam talian tumpas, 1,070 ditahan - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Istiadat angkat sumpah Ketua Menteri Sabah hari ini?

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
28/09/2020
01:18 MYT
Istiadat angkat sumpah Ketua Menteri Sabah hari ini?
Keadaan di perkarangan Istana Negeri Sabah setakat pagi ini. Foto Astro AWANI
KOTA KINABALU:Hari kedua selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah selesai, Istana Negeri Sabah di sini terus menjadi tumpuan para pengamal media bagi mengikut rapat perkembangan Istiadat Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah yang baharu.
Tinjauan Astro AWANI setakat pukul 9 pagi ini, tiada sebarang indikasi jelas akan kehadiran mana-mana pemimpin politik atau penyokong parti di perkarangan Istana Negeri.
Keadaan cuaca yang sedikit redup ketika ini seperti memahami keluh kesah rakyat yang mahukan ‘polemik Ketua Menteri Sabah’ segera diselesaikan.
Namun, sama ada Istiadat Angkat Sumpah Ketua Menteri Sabah yang baharu akan diadakan hari ini atau sebaliknya, masih belum dapat disahkan.
Semalam, beberapa pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan rombongan termasuk Datuk Seri Bung Moktar Radin; Datuk Seri Hajiji Noor; Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Jahid Jahim tiba di Istana Negeri untuk menghadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin.
Ikuti kami untuk LAPOR LANGSUNG berhubung perkembangan pilihan raya negeri Sabah
Pengamal media dan pihak polis dilihat berada di kawasan pekarangan Istana Negeri. Foto Astro AWANI
Pengamal media dan pihak polis dilihat berada di kawasan pekarangan Istana Negeri. Foto Astro AWANI
PRN kali ini menyaksikan GRS memenangi 38 kerusi daripada 73 kerusi yang dipertandingkan.
Daripada jumlah tersebut, Perikatan Nasional (PN) sebanyak 17 kerusi; Barisan Nasional (BN) (14); serta Parti Bersatu Sabah (PBS) (tujuh), sekali gus memberi majoriti mudah untuk gabungan tersebut membentuk kerajaan baharu.
Sementara, Warisan Plus yang terdiri daripada Warisan (29 kerusi), PKR (2 kerusi) dan UPKO (1 kerusi) berjaya menawan 32 kerusi.
Astro AWANI akan teruskan bawakan perkembangan terkini di semua platform digital dan laman sosial rasmi.
Beberapa pengamal media dan pihak polis sudah berada di kawasan perkarangan Istana Negeri. Masih lagi tenang, dan tiada kumpulan penyokong mana-mana parti hadir @501Awani #SabahMemilih #HapusCOVID19 pic.twitter.com/3kDzu66oW8
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) September 28, 2020
Topic Berkaitan
#angkat sumpah
#Istana Negeri
#Sabah
#Sabah Memilih
#PRN Sabah
#Ketua Menteri
#pemimpin
#GRS
#Warisan
#Warisan Plus
#Perikatan Nasional
#Juhar Mahiruddin
#TYT
#Yang Dipertua Negeri
#kerusi DUN
#Dewan Undangan Negeri
#DUN Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan