MEKAH: Usia Muhammad Qayyim Nizar Sarimi masih muda, iaitu 26 tahun.
Di sebalik kekurangan diri kerana menjadi orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan, anak muda ini menang pertandingan tilawah dan hafazan al-Quran beberapa kali, malah menempa nama di peringkat antarabangsa apabila muncul johan Qari Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran peringkat antarabangsa ke-63 pada 2023.
Dengan wang kemenangan pertandingan, derma orang ramai, infaq dan sumbangan lain, ibu bapanya bertindak bijak membuat tabungan untuknya dan mendaftar haji pada 2009.
Hasilnya, mereka tiga beranak, dijemput Allah sebagai tetamunya pada musim kali ini, yang kebetulannya merupakan gilirannya.
Muhammad Qayyim mengaku sangat teruja untuk berada di Tanah Suci apatah lagi ia adalah impiannya sejak sekian lama.
"Tak sabar sangat nak datang. Sejak 2011 lagi terasa sangat nak datang ke Mekah dan Madinah. Setiap kali masa Ramadan, saya dengar LIVE Mekah dan Madinah, ibu dan bapa buka televisyen, saya tidak tidur, dengar sahaja siaran itu.
“Semasa hari berangkat pada bulan ini, kebetulan saya masih ada kertas untuk diduduki, tetapi saya katakan, cepat-cepat habis peperiksaan ini sebab sudah tidak sabar untuk datang ke Mekah dan Madinah," katanya semasa ditemui di hotel penginapannya di sini.
Menurut Muhammad Qayyim, yang merupakan pelajar Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS), Nilam Puri, Kelantan, keinginan dan perasaan mendalam untuk datang ke Tanah Suci meningkat selepas dia bermimpi bersolat di Madinah.
"Dalam mimpi itu ada suruhan supaya saya tidak bermain-main tetapi bersolat," kata Muhammad Qayyim, yang sangat mencintai al-Quran dan gemar membaca Surah Maryam kerana ia sering dibaca oleh idolanya Sheikh Mustafa Ismail dari Mesir.
Semasa temu bual, dia turut mengalunkan ayat 52-54 daripada Surah Al-Imran, yang ternyata memukau pasukan petugas media disebabkan kelunakan dan kemerduan suarannya itu.
Ditanya apa yang paling mencabar apabila menjadi tetamu Allah, Muhammad Qayyim akui dia paling takut
dengan melontar tiga jamrat.
"Risau, takut lontaran tak masuk, baling nanti tersasar, terkena jemaah-jemaah lain," ujarnya yang turut menyimpan hasrat untuk mencium Hajarul Aswad satu hari nanti, sama ada musim haji atau semasa mengerjakan umrah.
Mengenai kecintaannya kepada al-Quran, Muhammad Qayyim, yang bercita-cita untuk menjadi guru, menggunakan Al-Quran Braille serta mengambil masa lebih setahun untuk menguasai kitab suci Allah itu.
Katanya, membaca al-Quran perlu ada keseronokan dan tidak boleh dipaksa.
"Saya memang dari kecil suka ayat-ayat suci. Semasa kecil, ibu dan ayah bekalkan cakera padat (CD) untuk saya dengar, saya juga selalu pasang radio. Saya masuk pertandingan azan, begitulah saya minat al-Quran," kongsi Muhammad Qayyim lagi.
Sementara itu, bagi bapanya, Sarimi Yusoff, guru di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kuala Terengganu, anak sulungnya itu lebih hebat dan mahir berbanding dirinya.
"Semasa di Madinah dan Mekah, Muhammad Qayyim yang banyak memandu dia dan isteri dengan doa-doa yang bersesuaian dibaca semasa beribadat. Contohnya, dia akan tanya, sudah sampai atau tidak tempat mula tawaf, kalau sudah sampai, baca doa ini. Bila tiba di Multazam misalnya, dia akan awal-awal beritahu baca doa begini, begini. Ini kerana dia lebih tahu ayat-ayat al-Quran itu," katanya.
Bagi ibunya, Rozan Mohamad pula, dia akui tidak berdepan masalah dalam membesarkan anak OKU seperti Muhammad Qayyim.
"Cuma apa yang perlu ialah, memberi perhatian lebih kepada soal makan dan pakainya sahaja. Tetapi dia (Muhammad Qayyim) tiada pantang dalam makan, kalau di luar, dia tidak akan makan mee goreng, namun kalau saya masak dia akan makan.
“Begitu juga, dia akan makan ayam dan lauk-lauk lain, namun tetap perlu hati-hati, takut tulang dan sebagainya, " kata Rozan yang merupakan seorang guru bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Paloh Pintu Geng, Kota Bharu, Kelantan.
Memandangkan Muhammad Qayyim berkali-kali menang pertandingan tilawah dan hafazan al-Quran, dia diminta menyampaikan pesanan kepada peserta Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2024 yang akan berlangsung di Kuantan, Pahang minggu depan.
Pesannya begini: "Buat yang terbaik, bacalah dan hayatilah al-Quran untuk mendapat reda Allah dan bukan untuk kemenangan atau pikat juri. Kemenangan adalah bonus tetapi reda Allah adalah rahmat."
Kisah Muhammad Qayyim ini, adalah kisah inspirasi, di celah-celah cerita soal rezeki dalam menyahut seruan Baitullah.
Pada lapis lain, ia memberi celik kepada kita semua.
Bahawa, Muhammad Qayyim memang tidak dapat melihat, tetapi dia terang hati kerana disuluh nur al-Quran.
Kerana itu, lihatlah dari sudut rezeki tidak akan pernah salah alamat, ada hikmah ia datang menjemput Muhammad Qayyim, ibu dan bapanya sebagai tetamu Allah, musim ini.
Azlinariah Abdullah
Thu May 23 2024
Muhammad Qayyim (tengah) ditemani bapanya, Sarimi Yusoff dan ibunya, Rozan Mohamad mengerjakan ibadah haji di Tanah Suci. - Foto Tabung Haji
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Tetamu saat akhir, Elfira Loy tunai ibadah haji
BAGAI bulan jatuh ke riba. Begitulah yang mungkin dirasai oleh pelakon dan pengacara, Elfira Loy apabila mendapat jemputan menunaikan ibadah haji.
Johan hampir terlepas pesawat tunai haji
Johan Raja Lawak hampir terlepas pesawat untuk tunai haji selepas wujud isu tentang status visa haji beliau gara-gara kekeliruan nama pada visa miliknya.
Agong berkenan santuni 'Duyufurrahman' negara
Yang di-Pertuan Agong berkenan mengucapkan selamat jalan kepada bakal jemaah haji Malaysia, yang akan berlepas ke Tanah Suci hari ini.
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
Malaysia antara negara terawal terima, TH edar kad haji Nusuk
Haji: Seramai 5,790 jemaah Malaysia telah tiba di Tanah Suci
Sehingga semalam, 5,790 orang daripada 31,600 jemaah haji Malaysia yang dapat tawaran selamat tiba di Mekah dan Madinah.
TH lakukan persiapan akhir, sedia sambut ketibaan jemaah haji
Berbaki empat hari lagi untuk penerbangan pertama jemaah Malaysia, petugas Tabung Haji (TH) semakin giat melakukan persiapan akhir.
Musim haji: Perayu haji sudah terima panggilan - Mohd Na'im
Mereka yang layak selepas membuat rayuan sudah menerima panggilan, dengan penerbangan pertama ke Tanah Suci dijadualkan pada 9 Mei ini.
Bertugas di Tanah Suci, 2 pengarang wanita Astro AWANI sedia bawa laporan terbaik
Dua pengarang Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Md Salim antara 14 petugas media yang bakal terbang ke Tanah Suci untuk membuat liputan musim haji dan menunaikan ibadah berkenaan.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Jemaah haji dilengkapi IPS, mudahkan pemberian rawatan
Jemaah haji tahun ini akan dilengkapi dengan International Patient Summary (IPS) melalui aplikasi MySejahtera.