awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu 3R: MCMC buka empat kertas siasatan, pempengaruh politik antara disiasat

Bernama
Bernama
07/04/2025
23:50 MYT
Isu 3R: MCMC buka empat kertas siasatan, pempengaruh politik antara disiasat
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah membuka empat kertas siasatan terhadap dua individu yang didapati memuat naik kandungan palsu dan jelik melampau berunsur 3R di platform Facebook dan TikTok.
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah membuka empat kertas siasatan terhadap dua individu yang didapati memuat naik kandungan palsu dan jelik melampau berunsur 3R (perkauman, agama dan institusi diraja) di platform Facebook dan TikTok.
MCMC dalam satu kenyataan memaklumkan, sesi rakaman percakapan terhadap kedua-dua individu tersebut telah dijalankan pada Isnin di Ibu Pejabat MCMC di Cyberjaya bagi membantu siasatan lanjut.
"Salah seorang daripada dua individu tersebut merupakan pempengaruh dan aktivis politik yang menimbulkan sentimen perkauman di media sosial, melibatkan lagu kebesaran Negeri Perak, penguasaan ekonomi orang Melayu menerusi pemecahan monopoli Petronas dan Gas Malaysia Berhad serta isu pengambilalihan Menara Kuala Lumpur," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut menyebut satu unit telefon bimbit dan satu kad SIM milik salah seorang suspek telah disita bagi tujuan analisis forensik.
Bagi seorang lagi suspek, MCMC memaklumkan, telefon bimbit miliknya telah disita oleh pihak polis bagi siasatan berkaitan kesalahan yang berbeza.
Menurut MCMC, kes disiasat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Orang ramai dinasihatkan supaya menggunakan platform media sosial dengan penuh tanggungjawab dan berhemah serta tidak sewenang-wenangnya memuat naik sebarang kandungan berunsur 3R yang boleh mengancam keharmonian kaum dan agama di negara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#isu 3R
#MCMC
#kertas siasatan
#pempengaruh politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan