KUALA LUMPUR: Kerajaan Negeri Kedah dan Pulau Pinang digesa segera mencari kesepakatan dalam isu tuntutan bayaran sumber air mentah yang berlarutan sejak 2010, demi kepentingan rakyat di kedua-dua negeri, dengan kerajaan pusat berperanan sebagai orang tengah penyelesaian isu tersebut.
Kerajaan Negeri Kedah sebelum ini, mengemukakan tuntutan bertulis kepada Pulau Pinang untuk mengenakan caj air mentah sebanyak RM50 juta setahun, berikutan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mendapat bekalan air dari Sungai Ulu Muda yang berpunca dari Kedah. Kerajaan Pulau Pinang pula dilihat tidak mahu melayan tuntutan itu.
Isu tersebut dilihat agak kompleks dengan kedua-dua pihak mempunyai pandangan masing-masing, namun situasi menang-menang boleh dicapai sekiranya kebajikan rakyat menjadi keutamaan.
Bagi Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) Mohd Yusrizal Yusoff, beliau sangat berharap Kerajaan Persekutuan campur tangan dalam isu itu, bagi mencapai kata putus yang memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak.
“Sebagai wakil kepada pengguna negeri ini (Kedah), kami mengharapkan kedua-dua kerajaan negeri dapat mencapai kesepakatan kerana dalam soal ini kami di CAKE, tidak boleh bercakap untuk manfaat pengguna di Kedah sahaja,” katanya kepada Bernama.
Mohd Yusrizal berkata ada kewajaran bagi Kedah untuk menuntut bayaran itu, kerana kawasan tadahan air Ulu Muda berada di dalam Kedah dan dijaga dengan baik sehingga bekalan air dapat dinikmati Pulau Pinang menerusi Sungai Muda.
Namun, katanya ada sesetengah kawasan di Kedah penduduknya tidak mendapat bekalan air yang baik, kemungkinan disebabkan kemudahan infrastruktur berkaitan bekalan air yang tidak memuaskan.
“Sekiranya Kerajaan Negeri Kedah berjaya mendapatkan bayaran air mentah daripada Pulau Pinang, ia mungkin boleh digunakan untuk membaik pulih infrastruktur bekalan air untuk kepentingan rakyat di negeri ini (Kedah),” katanya.
Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Water Watch Penang (WWP), turut mencadangkan campur tangan kerajaan pusat demi kepentingan rakyat di dua negeri tersebut, dan bukan dengan melakukan tindakan dengan cara konfrontasi yang tidak menyelesaikan masalah tersebut.
Presidennya Prof Dr Chan Ngai Weng berpendapat, masalah air antara Kedah dan Pulau Pinang ini harus diselesaikan di peringkat Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) atau Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
“Satu lagi langkah penyelesaian ialah, dengan pembentukan Majlis Lembangan Sungai Muda bagi meredakan isu tersebut. Sebenarnya Menteri Besar Kedah (Muhammad Sanusi Md Nor) dan Ketua Menteri Pulau Pinang (Chow Kon Yeow), perlu duduk berbincang bersama-sama dan bukannya mengeluarkan kenyataan melalui media. Tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan,” katanya.
Baru-baru ini, Muhammad Sanusi mengumumkan bahawa Kedah berhasrat membina 14 tangki air sepanjang Sungai Muda, untuk menjimatkan air bagi pengairan padi dan memastikan bekalan air mencukupi sepanjang musim kemarau.
Ekoran itu, Chow memaklumkan Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Kerajaan Negeri Kedah sekiranya melaksanakan projek itu, yang boleh mengancam bekalan air di Pulau Pinang.
Sementara itu, Chan berkata cadangan kerajaan negeri Kedah untuk membina 14 tangki air di sepanjang Sungai Muda, adalah membahayakan ekonomi serta mata pencarian penduduk Pulau Pinang.
Katanya walaupun rancangan kerajaan negeri Kedah dapat menjamin keselamatan air kepada penduduk Kedah dan petani di sana, namun tidak dapat dinafikan bahawa tindakan tersebut akan mengurangkan bekalan air ke Pulau Pinang secara drastik.
“Ini kerana kuantiti dan kualiti air yang mengalir ke Pulau Pinang di Sungai Muda akan berkurangan dengan ketara. WWP melihat pertikaian membabitkan isu air antara Kerajaan Negeri Kedah dan Pulau Pinang ketika ini semakin tegang dan bahaya,” katanya.
BACA: Enggan bayar, Pulau Pinang akan pam air selut Sungai Muda - Sanusi
Sementara itu, Muhammad Sanusi yang dihubungi Bernama tidak menafikan hak Pulau Pinang mendapatkan bekalan air daripada Sungai Muda, namun mahu kerajaan negeri itu membuat bayaran kepada Kedah, agar Sungai Muda dapat terus dipelihara.
“Itulah kepentingan untuk mereka membayar harga air mentah kepada Kedah, supaya kita dapat membuat pertimbangan-pertimbangan untuk kepentingan mereka, yang turut membayar bagi aliran air dari Ulu Muda ke Sungai Muda,” katanya.
Katanya pihaknya tidak akan berhenti menyuarakan tuntutan itu kepada Pulau Pinang, yang menurutnya mengekstrak sebahagian besar air daripada Sungai Muda walaupun kawasan tadahan air dipelihara oleh Kedah.
Menurutnya, bekalan air Sungai Muda sepatutnya dinikmati lebih oleh Kedah bukan hanya untuk kegunaan domestik, tetapi dalam sektor pertanian terutama tanaman padi yang mana Kedah mengeluarkan 43 peratus bekalan beras negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 29 2021
Cadangan kerajaan negeri Kedah untuk membina 14 tangki air di sepanjang Sungai Muda, adalah membahayakan ekonomi serta mata pencarian penduduk Pulau Pinang. - Foto Twitter
[LAPOR LANGSUNG] Israel serang Iran, peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan kepada RM50 bilion menjelang 2026
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan 2026 kepada RM50 bilion berbanding RM20 bilion sebelum ini berikutan pencapaian kukuh setakat ini.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal Jumaat ketika unit negara maju itu meneruskan pengukuhannya.
[TERKINI] Peluru berpandu Israel jatuh di Iran
Peluru berpandu dipercayai milik Israel mengenai sebuah tapak di Iran, menurut laporan ABC News memetik seorang pegawai tertinggi Amerika Syarikat (AS).
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Kepulangan Syamer kekuatan tambahan Penang FC - Jurulatih
Pengalaman Syamer bersama pasukan JDT dan skuad kebangsaan merupakan peluang terbaik untuk membantu pasukan bersaing dengan lebih hebat.
Penerbangan komersial dilencongkan selepas dakwaan letupan di Isfahan
Syarikat penerbangan Emirates dan FlyDubai yang berpangkalan di Dubai mula melencong pesawat mereka kira-kira 4.30 pagi waktu tempatan.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Pelepasan ini akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.
Sumber air mentah perlu dipelbagaikan bagi atasi masalah bekalan air - Pakar
Menurut Profesional Persekitaran Air, Datuk Ir. Dr. Azuhan Mohamed, masih belum terlambat untuk pihak berkenaan untuk mempelbagaikan sumber air mentah.
Air Sungai Muda terlalu keruh, LRA Sungai Dua terpaksa dihenti tugas sementara - PBAPP
Loji tersebut terpaksa dihenti tugas selama kira-kira empat jam sejak lapan pagi tadi ekoran air mentah dari Sungai Muda terlalu keruh untuk dirawat dengan selamat.
Tiada keputusan jual air kepada Pulau Pinang - MB Perak
Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, setakat ini kerajaan negeri juga tidak membuat sebarang keputusan untuk menjual air mentah kepada Pulau Pinang.
66 peratus kawasan di KL, Gombak terima bekalan air sepenuhnya - Air Selangor
Pemulihan di kawasan Gombak adalah sebanyak 100 peratus manakala Kuala Lumpur, 57 peratus dengan 20 kawasan masih belum pulih.
Perak belum muktamad keputusan jual air mentah kepada Pulau Pinang
Pihaknya sedang memberi keutamaan penyaluran sumber berkenaan ke kawasan domestik, terutama di daerah Kerian terlebih dahulu.
Isu air mentah: Kedah, P.Pinang perlu segera cari kesepakatan
Kerajaan Negeri Kedah dan Pulau Pinang digesa segera mencari kesepakatan dalam isu tuntutan bayaran sumber air mentah.
"Bayar dulu air mentah dari Kedah sebelum komen macam-macam" - Sanusi bidas PBAPP
MB Kedah harap PBAPP bayar tuntutan RM50 juta setahun bagi caj air mentah sebelum keluar sebarang kenyataan atau kritikan.
Dua suspek pencemaran Sungai Batang Benar ditahan polis
Dua lelaki disyaki terlibat dengan pencemaran Sungai Batang Benar, Negeri Sembilan sehingga berlaku gangguan bekalan air di Selangor ditahan pada Selasa.
Gangguan bekalan air: Pencemaran LRA Sungai Semenyih semakin pulih
LRA Bukit Tampoi bagaimanapun masih menunjukkan sisa pencemaran pada muka sauk dan belum boleh mula beroperasi.
Badan pengurusan air akan diwujudkan di Wilayah Persekutuan
Cadangan penubuhan badan itu dibawa pada mesyuarat Kabinet semalam dan kajian mengenainya kini dilaksanakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan.