IPOH: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan rundingan dengan Menteri Besar Perak dan Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung isu bekalan air mentah membabitkan kedua-dua negeri itu.
Ia berikutan kerajaan negeri Perak, tetap dengan keputusan untuk tidak membekalkan air dari Sungai Perak ke Pulau Pinang.
Anwar berkata, keputusan mengenainya akan dimuktamadkan selepas kajian dibuat secara ilmiah dan saintifik.
"Proses ini dalam perbincangan kerana tentunya Perak beri keutamaan untuk keperluan negeri Perak, itu tak salah cuma dasar.
"Kita tengok apakah benar lebihannya banyak... unjurannya untuk keperluan lima tahun, 10 tahun... itu semua dikaji secara ilmiah dan saintifik, kemudian baru buat keputusan.
"Saya akan runding dengan menteri, dengan Ketua Menteri Pulau Pinang dan juga Menteri Besar Perak," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023 di Stadium Indera Mulia, Ipoh pada Sabtu.
Turut hadir, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad dan Exco Infrastruktur, Tenaga Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Disember lalu, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kerajaan negeri tetap dengan keputusan tidak membekalkan air ke Pulau Pinang meskipun Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) sudah membentuk kerajaan campuran di peringkat Pusat.
Menurutnya, Projek Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak (SPRWTS) kepada kerajaan Pulau Pinang tidak akan dilaksanakan kerana kapasiti yang ada hanya cukup untuk negeri Perak sahaja.
Dalam perkembangan berkaitan, Anwar mahu semua pihak yang terlibat dengan isu air supaya 'berfikir di luar kotak' bagi mencari jalan mengatasi masalah bekalan air di seluruh negara.
Katanya, mereka tidak harus terus menggunakan kaedah lama yang digunakan sejak berpuluh tahun lalu.
"Makna ikhtiar, maknanya sains, maknanya teknologi, maknanya penyelidikan, maknanya usaha memikir luar daripada kotak lama.
"Ini kita pakai kotak lama, pakai had itu saja... fikir 40 tahun yang lalu, guna yang itulah juga sampai sekarang, tak memikir kaedah-kaedah baharu," katanya.
Beliau berharap isu air dan masalah berkaitan dapat diselesaikan melalui pelan Transformasi Sektor Air (WST) 2040.
WST2040 akan dilaksanan secara berfasa akan membangunkan sektor air negara bagi menjamin sekuriti dan kelestarian air selain menjadikan sektor air sebagai pemangkin ekonomi negara.
Abd Razak Mohd Ali
Sat Mar 11 2023
Anwar merasmikan Hari Air Sedunia 2023 di Stadium Indera Mulia hari ini. Turut hadir, Nik Nazmi (kanan) dan Mohammad Nizar (kiri). - Gambar/ Bernama
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Mengenang Ananda | Nilai Filantropi: Merealisasikan impian yang memerlukan
Bukan hanya bergelar hartawan, mendiang Ananda Krishnan terkenal dengan sikap dermawan, menyediakan pelbagai jenis biasiswa dan tajaan terutama dalam bidang pendidikan. Mendiang menubuhkan pelbagai badan kebajikan yang memfokuskan pembangunan pendidikan dan modal insan.
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia
Mikheil Kavelashvili dilantik sebagai Presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan.
Pulau Pinang sedia beri sumbangan kewangan jika Lembaga Lembangan Ulu Muda ditubuhkan
Pulau Pinang sedia memberikan sumbangan kewangan sekiranya Lembaga Lembangan Ulu Muda (LLUM) dapat ditubuhkan bagi mengawal dan menguruskan sumber air di Ulu Muda, Kedah.
LKAN: Liputan bekalan air terawat di Kelantan paling rendah
Negeri Kelantan mendapat liputan bekalan air terawat paling rendah pada tahap 73.9 peratus, menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2 2024.
Isu air: UMS diarah lapor polis jika tuduhan seleweng RM5 juta tidak dihentikan
UMS diarah membuat laporan polis sekiranya tuduhan jahat yang cuba mengaitkan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu dengan penyelewengan dana RM5 juta tidak dihentikan.
Penganjur perhimpunan bantah isu air perlu guna saluran yang betul - Mustapha
Sekiranya pihak penganjur mahu meneruskan perhimpunan berkenaan, mereka perlu mendapatkan permit daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Kelantan hargai kesediaan kerajaan Persekutuan bantu tangani krisis air- MB
Kerajaan Kelantan menghargai kesediaan Kerajaan Persekutuan dalam membantu menangani krisis bekalan air di negeri ini.
Telaga tiub undang risiko mendapan tanah di Kelantan - ABIM
ABIM Kelantan melahirkan rasa kebimbangan terhadap fenomena penggalian telaga tiub di negeri ini yang dikhuatiri boleh mengundang risiko berlakunya mendapan tanah.
Penduduk kecewa syarikat pengurusan air Kelantan bermasalah
Lebih 300 penduduk di tiga buah kampung di Pasir Tumboh di sini, kecewa selepas bekalan air daripada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) masih tidak berubah walaupun tarif air baharu telah dilaksanakan.
Isu air Kelantan: Kerajaan lulus RM521.2 juta kepada AKSB sejak 2021
SPAN meluluskan peruntukan perbelanjaan modal (CAPEX) sebanyak RM521.2 juta kepada Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB).
Fenomena kurang hujan: Sabah perlu bersedia hadapi isu air lebih serius awal 2024
Sabah diminta membuat persiapan awal termasuk mengambil langkah bersesuaian bagi menghadapi fenomena kekurangan hujan yang dijangka berlaku antara Januari hingga Mac tahun depan.
Masalah air, kerajaan Kelantan siapkan kertas kerja
Satu kertas kerja sedang disiapkan oleh kerajaan Kelantan dalam usaha menyelesaikan masalah gangguan bekalan air yang sudah lama berlaku di negeri ini.