awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Ambalat capai kemajuan hasil hubungan erat Anwar-Prabowo - Penganalisis

Seth Akmal
Seth Akmal
30/07/2025
10:48 MYT
Isu Ambalat capai kemajuan hasil hubungan erat Anwar-Prabowo - Penganalisis
Rundingan Ke-13 di Jakarta disifatkan menunjukkan pendekatan diplomasi berkesan, berbeza dengan konflik sempadan negara lain seperti Kemboja-Thailand yang membawa kepada pertempuran. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Isu persempadanan antara Malaysia-Indonesia berjaya mencapai kemajuan hasil hubungan erat antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto.

Ringkasan AI
  • Hubungan erat antara Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Presiden Indonesia Prabowo Subianto berjaya mempercepat penyelesaian isu persempadanan yang tertangguh hampir lapan tahun, termasuk di Laut Sulawesi (Ambalat) dan timur Pulau Sebatik.
  • Rundingan Ke-13 di Jakarta menunjukkan pendekatan diplomasi berkesan, berbeza dengan konflik sempadan negara lain seperti Kemboja-Thailand yang membawa kepada pertempuran.
  • Malaysia menegaskan pendekatan tidak agresif dalam isu sempadan dan berpegang kepada undang-undang antarabangsa, termasuk keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa 2002 yang menyokong tuntutan kedaulatan Malaysia.

Penganalisis Politik dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Ahmad Martadha Mohamed berpendapat, hubungan itu berjaya diterjemahkan secara diplomasi apabila isu-isu tertangguh hampir lapan tahun selesai semasa Rundingan Ke-13 di Jakarta pada Selasa.
Beliau merujuk kepada wilayah pertikaian di perairan Laut Sulawesi di Zon ND6 dan ND7 atau dikenali sebagai Ambang Batas Laut (Ambalat) dan isu persempadanan di timur Pulau Sebatik yang berlarutan sekian lama.
“Keakraban kedua-dua pimpinan negara ini telah memberikan banyak kelebihan ke arah merealisasikan dan menyelesaikan apa-apa pertikaian yang sebelum ini menghambat kedua-dua negara.
“Jadi inilah sebenarnya yang membolehkan Malaysia dan Indonesia bekerja lebih rapat dan meneroka isu-isu baharu yang boleh memberikan kelebihan kepada kedua-dua negara,” katanya.
Beliau turut menyentuh mengenai konflik antara Kemboja-Thailand sebagai simbolik kepada kegagalan diplomasi dua negara apabila melibatkan pertempuran yang mengorbankan nyawa.
“Apa yang berlaku baru-baru ini antara Kemboja dan Thailand adalah merupakan isu yang sama, perebutan dalam sempadan... jadi kita tidak mahu isu-isu ini berlarutan membolehkan berlakunya konflik dalam skala yang lebih besar,” katanya.
Perdana Menteri pada Selasa berkata, Malaysia tidak pernah mengambil sikap agresif berkaitan isu sempadan dengan Indonesia, sebaliknya mengikut undang-undang dan rundingan.
Isu Ambalat merupakan isu tuntutan bertindih antara Malaysia dan Indonesia di kawasan perairan di Laut Sulawesi yang terletak antara Kalimantan Timur, Indonesia dan tenggara Sabah itu, timbul sejak penerbitan peta oleh Malaysia pada 1979.
Kementerian Luar pada 22 Julai lepas berkata, Malaysia berpendirian bahawa wilayah yang dituntut Indonesia merupakan sebahagian daripada kawasan kedaulatan Malaysia berdasarkan undang-undang antarabangsa yang terhasil selepas keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa pada 2002.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Indonesia
#Prabowo Subianto
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan