JOHOR BAHRU: Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah sebarang isu yang boleh mengancam keharmonian dan perpaduan Bangsa Johor mesti ditangani dengan cekap oleh pihak berkuasa.
Baginda bertitah tindakan pantas dan tepat oleh pihak berkuasa akan mencegah kekeliruan dan penularan sentimen berbaur kebencian.
Sultan Ibrahim bertitah demikian ketika mengulas mengenai dakwaan tular mengenai satu bengkel peperiksaan yang dianjurkan khusus bagi pelajar Islam oleh sebuah sekolah menengah di sini, baru-baru ini.
"Saya tidak mahu Bangsa Johor keliru dan mula berburuk sangka antara satu sama lain. Saya cukup menitik beratkan betapa pentingnya persefahaman, perpaduan dan toleransi antara kaum kita yang pelbagai.
"Jabatan Pendidikan mesti bertindak pantas untuk menangani situasi sebegini agar tidak menular emosi negatif serta perkara tidak sahih dalam kalangan rakyat.
"Ini juga merupakan pengajaran kepada semua pihak yang perlu menangani rasa tidak puas hati mereka," titah baginda kepada Royal Press Office, yang dimuat naik menerusi satu hantaran di Facebook Sultan Johor rasmi, semalam.
Sultan Johor bertitah tiada orang yang patut disisihkan daripada suatu program awam kerana agama atau bangsanya.
"Jika benar ada yang telah diasingkan kerana itu, maka tindakan perlu diambil kepada penganjur. Begitu juga jika didapati tuduhan adalah tidak benar dan dilemparkan oleh pihak tidak bertanggungjawab," titah baginda lagi.
Terdahulu, Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan berasingan memaklumkan hasil siasatan mendapati tiada isu diskriminasi yang timbul mengenai penganjuran bengkel SPM di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Infant Jesus Convent, Johor Bahru.
KPM berkata pada 19 dan 20 Jan lalu, Bengkel Persediaan SPM untuk calon telah dilaksanakan dahulu di Hotel Suasana, Johor Bahru melibatkan 30 calon yang gagal dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah serta melibatkan calon GALUS (gagal lulus) dalam beberapa mata pelajaran lain.
KPM dimaklumkan bahawa bengkel susulan yang sama bagi calon lain juga telah dirancang untuk dilaksanakan pada 26 dan 27 Jan ini bertempat di hotel yang sama.
Menurut KPM, bengkel berkenaan dilaksanakan dan diasingkan secara bersiri bagi mengelakkan gangguan terhadap calon yang membuat persediaan bagi menyambut perayaan Tahun Baharu Cina.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 24 2023

Sultan Ibrahim bertitah tindakan pantas dan tepat oleh pihak berkuasa akan mencegah kekeliruan dan penularan sentimen berbaur kebencian. - Gambar fail/Bernama

Suspek pukul rakan direman tujuh hari
Tempoh reman berkenaan bermula pada Sabtu bagi melengkapkan siasatan berhubung kematian mangsa yang berusia 76 tahun.

Polis minta waris, saksi buat laporan nahas di Rawang Bypass
Kejadian dipercayai berlaku melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Axia dipandu seorang wanita tempatan berusia 33 tahun.

Rumah pusaka dijadikan Rumah Ngaji
Rumah Ngaji yang ke-50 di Pulau Pinang itu dikenali sebagai Rumah Ngaji Abu Bakar dikendalikan oleh Yayasan Mawar Pulau Pinang.

Kami tawarkan bahtera penyelamat - Pemuda Pas
Ketua Pemuda Pas, Ahmad Fadhli Shaari menerusi hantaran di Facebooknya berkata, pihaknya menawarkan bahtera penyelamat kepada mereka.

Masters Indonesia: Pearly-Thinaah kandas di separuh akhir
Pasangan beregu wanita utama negara dikecewakan di separuh akhir buat kali kedua berturut-turut apabila tewas kepada Fukushima-Hirota.

Kerajaan akan naik taraf kemudahan PPS untuk mangsa banjir
Kebanyakan PPS sedia ada menggunakan dewan orang ramai dan sekolah yang masing-masing mempunyai kekangan tersendiri.

Malaysia kecam sekeras-kerasnya serangan bersenjata di Kedutaan Azerbaijan, Tehran
Malaysia mengulangi pendirian menolak semua bentuk keganasan dan menyeru agar pelaku serangan kejam dibawa ke muka pengadilan.

Kerajaan laksana pelbagai usaha mudah cara majikan dapatkan pekerja asing
Majikan atau pekerja asing dinasihati agar tidak terlibat dengan sindiket atau aktiviti pemalsuan dokumen bekerja.

Penganjur perlu timbangkan lokasi sesuai untuk anjurkan konsert - Fahmi
Sementara kerajaan tidak akan terlibat dalam aspek berkenaan, tetapi ia mengambil maklum rungutan daripada pembeli tiket konsert.

JPJ N.Sembilan rekod 2,337 kesalahan sepanjang Ops TBC 2023
Antara kesalahan terbabit adalah tiada lesen memandu, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan gagal mematuhi lampu isyarat merah.

Bengkel SPM SMK Infant Jesus Convent tidak diskriminasi agama, bangsa pelajar
Beliau turut menjunjung kasih titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar agar tiada orang yang disisihkan daripada mana-mana program atas sebab agama dan bangsanya.

Isu ancam keharmonian kaum mesti ditangani dengan pantas, cekap - Sultan Johor
Baginda bertitah tindakan pantas dan tepat oleh pihak berkuasa akan mencegah kekeliruan dan penularan sentimen berbaur kebencian.

Jangan ambil kesempatan terhadap Orang Asli - Sultan Johor
Baginda bertitah, masyarakat orang asli bukannya golongan terpinggir, sebaliknya Jakoa sentiasa memastikan golongan berkenaan terus membangun dan maju.

Ibu tunggal miliki rumah baharu kurniaan Sultan Johor
Ini merupakan kali pertama kurniaan bantuan rumah kekal baharu disampaikan kepada penerima daripada masyarakat India.

Sultan Johor terima menghadap Salahuddin Ayub
Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub.

'Ia pemberian Tuanku Sultan Johor' - PM
Anwar jawab kenyataan sindiran netizen berhubung kasut jenama mewah yang dipakainya.

Selepas TMJ, Sultan Johor pula perkenan terima menghadap Anwar
Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lumpur.

Onn Hafiz mohon semua pihak tidak keluarkan kenyataan ganggu gugat pentadbiran Johor
Onn Hafiz berkata, Johor masih lagi sebuah kerajaan yang stabil, di bawah naungan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

PRU15: Johor setuju ganti cuti Jumaat kepada Ahad - Onn Hafiz
Johor menggantikan Hari Pelepasan Am pada Jumaat, 18 November sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) kepada Ahad, 20 November ini.

SOJC: Malaysia, Jepun terikat 2-2
Separuh masa menyaksikan kedua-dua pasukan gagal menjaringkan sebarang gol sebelum Jepun bangkit pada suku ketiga minit ke-33.