KUALA LUMPUR: Isu jenama produk yang mudah disalah tafsir perlu diperjelaskan agar tidak timbul salah faham sepertimana yang berlaku terhadap penggunaan jenama 'Timah' pada produk arak keluaran tempatan.
Pun begitu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Bebas-Muar) menimbulkan persoalan apakah beberapa jenama produk lain yang berada di pasaran negara juga perlu ditukar sekiranya berlaku lagi salah faham.
"Saya faham pendirian kerajaan dalam hal ini dan rundingan sedang dijalankan dan isu ini mungkin disalah tafsir. Persoalan saya, jika nama senang untuk disalah tafsir, saya lihat di sosial media ramai juga yang troll, adakah kita akan tukar nama coklat Daim kerana nama berkait rapat dengan Tun Daim (Zainuddin).
"... ataupun minuman Dutch Lady yang boleh dikaitkan dengan nama wanita seperti orang kata Timah, dan banyak contoh lain. Rakan saya di negara luar kongsikan kerana berita ini sudah viral sampai ke luar negara. Ada juga minuman yang berkait rapat dengan nama seseorang presiden parti Islam, adakah itu juga akan ditukar?
"Jadi, saya berharap apa pun pendrian kerajaan, perkara seperti ini harus diperjelas supaya kes-kes lain tidak timbul kerana salah faham," katanya ketika mencelah pada sesi Penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perihal Dagangan (Pindaan) 2021 oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid di Dewan Rakyat pada Khamis.
Menjawab perkara itu, Rosol berkata, pandangan yang dibangkitkan oleh bekas Menteri Belia dan Sukan itu wajar diperhalusi secara menyeluruh.
Beliau dalam masa yang sama bersetuju dengan pendapat Khalid Abdul Samad (PH-Shah Alam) bahawa penggunaan jenama 'Timah' pada minuman arak sengaja digembar-gemburkan untuk kepentingan politik.
Sementara itu, Rosol turut memaklumkan bahawa kementerian telah mengadakan pertemuan dengan pengeluar arak jenama 'Timah', Winepark Corporation (M) Sdn Bhd bagi membincangkan perkara tersebut.
Jelasnya, syarikat pengeluar itu memberi komitmen untuk mengkaji nama pada produk keluaran syarikat itu dan memahami keresahan dalam kalangan umat Islam.
BACA: Pengeluar arak mohon tempoh seminggu untuk tukar nama 'Timah'
Hasimi Muhamad
Thu Oct 28 2021
Syed Saddiq berkata, isu jenama produk yang mudah disalah tafsir perlu diperjelaskan agar tidak timbul salah faham - Gambar fail
AWANI Ringkas: Suspek kes tembak KLIA didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jamaica secara rasmi iktiraf Palestin sebagai sebuah negara
Jamaica memutuskan untuk mengiktiraf secara rasmi Negara Palestin pada Selasa berikutan perbincangan dalam Kabinet pada hari sebelumnya.
Nahas helikopter Lumut: Van jenazah tiba di HRPB, bawa jenazah ke 23 RAMD
Sebanyak 10 van jenazah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilihat memasuki perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada jam 2.20 petang Rabu.
Nahas helikopter Lumut: Kesemua mangsa diberikan penghormatan terakhir ikut istiadat TLDM
Kesemua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, semalam akan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM.
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris
Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut.
Harga minyak mahal akibat konflik beri cabaran besar kepada syarikat penerbangan - MIDF Research
Kenaikan harga bahan api jet merupakan cabaran utama kepada sektor penerbangan susulan daripada konflik geopolitik di Asia Barat yang kian memuncak kebelakangan ini.
Niaga AWANI: Breaking free from legacy systems in Malaysian companies
Daryll Tan, co-founder and director of OpenMinds Group emphasises the necessity for businesses to discard old paradigms and embrace new perspectives.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun
Mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun Taro Aso di New York pada Selasa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Masyarakat antarabangsa zahir simpati
Kebanyakan portal media antarabangsa melaporkan kejadian itu dengan terperinci.
Isu arak jenama Timah: "Adakah kita kena tukar nama coklat Daim?" - Syed Saddiq
Isu jenama produk yang mudah disalah tafsir perlu diperjelaskan agar tidak timbul salah faham, tegas Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.