KUALA LUMPUR: Semua pihak diminta berhenti daripada terus menggembar-gemburkan isu melibatkan penjawat awam demi agenda tersembunyi meskipun pihak yang berkuasa sudah menjalankan siasatan sepenuhnya dan membuat keputusan muktamad.
Gesaan itu dibuat Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu susulan keputusan Suruhanjaya Sekuriti (SC) berkait siasatan terhadap Ketua Pesuruhjaya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.
"Maka dengan itu, saya berharap suara-suara yang berkeras untuk terus memainkan kes ini akur dengan keputusan SC dan menghormati autoriti SC yang telah menjalankan tugasnya tanpa sebarang campur tangan menurut undang-undang.
"Ini adalah kerana Pakatan Harapan sendiri yang menyarankan dari awal lagi supaya SC menyiasat Tan Sri Azam Baki. Namun, apabila SC membuat keputusan, maka SC dipersoal.
"Nampaknya Pakatan Harapan sedang memerangi penjawat awam yang berdedikasi dan komited menjalankan amanah mereka demi agenda politik yang sempit dengan memperlekehkan kerajaan dan institusi kerajaan seperti SPRM dan SC," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA SEMUA BERHUBUNG AZAM BAKI DI SINI
BACA: Isu Azam Baki: Peguam Negara jangan berdiam diri - Gobind Singh
Jelas Ahli Parlimen Tambun itu lagi, tindakan itu bukan sahaja tidak tulus, malah bersifat tidak patriotik dan meruntuhkan semangat utuh perkhidmatan awam, sekali gus mengkompromi masa depan negara demi agenda politik semata-mata.
Beliau berpandangan, penjawat awam adalah tiang kerajaan dan adalah menjadi tanggungjawab semua pihak memastikan semua agensi kerajaan yang gigih menjalankan amanat dan tanggungjawab mereka dilindungi daripada pihak-pihak yang mempunyai agenda kepentingan diri sendiri.
BACA: "Alhamdulillah, syukur" - Reaksi Azam Baki susulan keputusan Suruhanjaya Sekuriti
SC dalam kenyataan semalam memaklumkan, pihaknya tidak dapat menentukan secara muktamad sama ada berlaku pelanggaran undang-undang bawah Seksyen 25(4) SICDA berhubung isu pemilikan saham Azam sekali gus menamatkan inkuiri.
Azam dalam reaksi beliau menzahirkan rasa syukur dan memberi komitmen untuk terus bertugas sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Astro Awani
Wed Jan 19 2022

Menurut Ahmad Faizal, Pakatan Harapan sedang memerangi penjawat awam yang berdedikasi dan komited menjalankan amanah demi agenda politik yang sempit. - Gambar fail/BERNAMA

Lelaki kurang siuman ganggu pengguna jalan raya ditahan di Jalan Kunak-Semporna
Polis menahan seorang lelaki kurang siuman yang mengganggu pengguna jalan raya di Jalan Kunak-Semporna pada Rabu.

Tindakan Zuraida letak jawatan tidak jejas kerajaan Kedah - Menteri Besar
Yang akan terkesan dengan keputusan Zuraida ialah kerajaan Persekutuan kerana Zuraida merupakan salah seorang daripada anggota Kabinet.

Menteri Luar Jepun, Malaysia sepakat bekerjasama bangunkan lagi Dasar Pandang Ke Timur
Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan rakan sejawatannya dari Jepun Yoshimasa Hayashi sepakat untuk bekerjasama membangunkan lagi Dasar Pandang Ke Timur.

Barometer Kepercayaan Edelman 2022: Tahap kepercayaan terhadap kerajaan dan media menurun
Barometer Amanah itu mendedahkan bahawa Malaysia, bersama-sama dengan seluruh dunia sedang mengalami kitaran ketidakpercayaan.

Pelajar sekolah maut motosikal langgar lori
Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori.

Hormat keputusan Zuraida - Annuar
Semua pihak perlu menghormati keputusan dan pendirian Datuk Zuraida Kamaruddin yang mengumumkan menyertai PBM, kata Tan Sri Annuar Musa.

'Health Alert monkeypox' akan dilaksanakan menerusi aplikasi MySejahtera mulai esok - Khairy
'Health Alert monkeypox' akan dilaksanakan menerusi aplikasi MySejahtera mulai esok.

WEF 2022 | Menguruskan risiko di era ketidaktentuan - Tengku Zafrul
Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengulas isu risiko di era ketidaktentuan selepas menjadi panel dalam salah satu sesi di Forum Ekonomi Dunia WEF 2022.

Ratu Elizabeth cari pembantu rumah, gaji RM43 sejam
Antara faedah lain yang turut disediakan ialah 15 peratus skim pencen caruman majikan dan 33 hari cuti termasuk cuti umum.

WEF 2022 | Menguruskan risiko di era ketidaktentuan
Ketua Pengarang Astro AWANI, Ashwad Ismail dan Editor Niaga AWANI, Najib Aroff mengulas isu semasa sebelum Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menjadi panel dalam isu pengurusan risiko di era ketidaktentuan dalam salah satu sesi di Forum Ekonomi Dunia WEF 2022.

Sukan SEA Hanoi: Syabas sasaran dicapai, namun kurang 'gah'
Malaysia berjaya mengatasi sasaran 36 pingat emas, 35 perak dan 75 gangsa dengan merangkul 39-45-90 pingat, sekali gus meraih tempat keenam keseluruhan.

Sukan SEA Hanoi: Ahmad Faizal harap kontinjen negara terus buru pingat
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berharap atlet negara terus berjuang berhabis-habisan untuk meningkatkan koleksi pingat di Sukan SEA ke-31.

Teruskan sokong, doakan atlet negara di Sukan SEA - Faizal Azumu
Beliau berkata, atlet negara terus mempamerkan semangat juang tinggi dan prestasi terbaik untuk mencapai sasaran pingat emas.

Piala Thomas: Pemain Malaysia telah lakukan yang terbaik - Ahmad Faizal
Pemain telah lakukan yang terbaik, namun nasib tidak menyebelahi mereka.

Perak sambut baik cadangan kementerian bina pusat belia di Ipoh
Saarani berkata bagaimanapun pihaknya menyambut baik cadangan pembinaan tersebut untuk kebaikan golongan belia di negeri ini.

Enam generasi Dukut Maharajo dan Halijah Awang berhimpun
Bertujuan mengumpul semua ahli keluarga di perhimpunan versi ke-20 sejak diadakan bermula dari tahun 1980 lagi.

Sukan SEA: Atlet, pegawai mesti patuhi SOP ditetapkan - Ahmad Faizal
Atlet dan pegawai ke temasya Sukan SEA Hanoi sekali lagi diingatkan supaya tidak mengambil mudah prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Vietnam.

Tiada kes doping libatkan kontinjen Sukan SEA setakat ini
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu mengesahkan bahawa tiada atlet daripada kontinjen Sukan SEA yang gagal ujian doping setakat ini.

Sukan SEA: Pentas tingkat prestasi, atlet mampu lepasi sasaran - Ahmad Faizal
Walaupun sasaran awal ialah 31 pingat emas, tetapi atlet negara mampu untuk menambah bilangan itu.

Khemah besar: Bersatu belum buat pendirian
Perkara tersebut akan dibincangkan terlebih dahulu di peringkat kepimpinan tertinggi parti sebelum membuat keputusan.