awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Alhamdulillah, syukur" - Reaksi Azam Baki susulan keputusan Suruhanjaya Sekuriti

Astro Awani
Astro Awani
18/01/2022
10:09 MYT
"Alhamdulillah, syukur" - Reaksi Azam Baki susulan keputusan Suruhanjaya Sekuriti
Azam menzahirkan rasa syukur atas keputusan yang dibuat Suruhanjaya Sekuriti (SC). - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menzahirkan rasa syukur atas keputusan yang dibuat Suruhanjaya Sekuriti (SC).
Ia berkaitan siasatan yang dilakukan pengawal selia pasaran modal itu susulan dakwaan pemilikan saham luar biasa oleh Azam.
"Alhamdulillah, saya melahirkan rasa syukur di atas keputusan yang dibuat oleh SC yang telah mendapati tiada kesalahan yang dilakukan oleh saya.
"Saya telah dimaklumkan oleh pihak SC bahawa siasatan terhadap perkara itu telah dimuktamadkan.
"Oleh yang demikian, pihak SC telah menutup fail inkuiri tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: SC tidak dapat tentukan Azam Baki langgar undang-undang
Justeru, beliau menegaskan akan meneruskan tanggungjawab sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk membanteras gejala rasuah di negara tanpa mengira darjat atau pangkat.
SC dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya tidak dapat menentukan secara muktamad sama ada berlaku pelanggaran undang-undang bawah Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti berhubung isu pemilikan saham Azam dan menamatkan inkuiri.
Topic Berkaitan
#Azam Baki
#pemilikan saham
#suruhanjaya sekuriti
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan