awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
Pelajar kolej komuniti maut dalam kemalangan libat tiga kenderaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Azam Baki: Perdana Menteri perlu nyatakan pendirian - Gobind

Astro Awani
Astro Awani
07/01/2022
08:43 MYT
Isu Azam Baki: Perdana Menteri perlu nyatakan pendirian - Gobind
Gobind menegaskan, Perdana Menteri harus menunjukkan kesungguhan beliau dalam mempertahankan integriti SPRM dengan bersuara berkenaan isu Azam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo menyeru Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menyatakan pendirian beliau serta mengembalikan keyakinan terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut Gobind, Perdana Menteri harus menunjukkan kesungguhan beliau dalam mempertahankan integriti SPRM dengan bersuara berkenaan perkara ini.
"Perdana Menteri tidak boleh kekal berdiam diri di atas isu ini. Sudah terang lagi bersuluh bahawa isu ini sedang hangat diperdebatkan oleh orang awam pada ketika ini.
"Perkara ini kelihatan tidak baik bagi pihak SPRM khususnya apabila Suruhanjaya Sekuriti kini meminta butiran siasatan sejurus sahaja pihak Lembaga mengumumkan hasil siasatan kes ini," katanya dalam satu kenyataan.
BACA: Dakwaan terhadap Azam Baki: Pemilikan saham penjawat awam? Ini yang anda perlu tahu
SEMUA MENGENAI KONTROVERSI MEMBABITKAN AZAM BAKI DI SINI
Berikut merupakan lima persoalan yang dibangkitkan oleh Gobind.
1) Adakah beliau (PM) sedar akan siasatan yang dijalankan oleh Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) berkenaan perkara-perkara terhadap Tan Sri Azam?
2) Adakah pihak LPPR mempunyai kuasa untuk menjalankan siasatan itu dan sekiranya ada, di bawah peruntukan undang-undang manakah mereka bertindak dan bagaimanakah siasatan itu dijalankan?
3) Adakah pihak LPPR mendapatkan nasihat daripada mana-mana badan berkecuali dan bebas seperti Jabatan Peguam Negara dalam menjalankan dan menangani siasatan dan sekiranya tidak, kenapa?
4) Memandangkan penjelasan yang diberikan ada melibatkan akaun-akaun tertentu, adakah pandangan pihak Suruhanjaya Sekuriti Malaysia diperolehi sebelum keputusan dibuat dalam perkara ini?
5) Memandangkan Tan Sri Azam juga adalah Ketua SPRM, bukanlah lebih baik agar siasatan ini dijalankan oleh pihak berkecuali atau bebas memandangkan LPPR juga adalah sebahagian daripada SPRM?
Topic Berkaitan
#Gobind Singh Deo
#ismail sabri yaakob
#Azam Baki
#integriti
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan