awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu azan: Penduduk mengadu surau tak dibenar guna pembesar suara

Sinar Harian
Sinar Harian
21/04/2021
04:59 MYT
Isu azan: Penduduk mengadu surau tak dibenar guna pembesar suara
Mohd Shaid berkata penduduk harus menunggu AGM bagi membincangkan kebenaran azan menggunakan pembesar suara. - Gambar hiasan
PUNCAK ALAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Mohd Shaid Rosli memandang serius isu tidak dibenarkan azan menggunakan pembesar suara di sebuah taman perumahan di Puncak Alam.
Mohd Shaid berkata, beliau telah menerima satu aduan daripada penduduk taman perumahan terbabit yang menyatakan pihak surau tidak boleh azan menggunakan pembesar suara.
"Saya dimaklumkan, sekiranya pihak surau mahu menggunakan pembesar suara, mereka perlu menunggu Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) bagi membincangkan kebenaran azan menggunakan pembesar suara.
"Bagaimanapun, buat masa ini, pembesar suara ‘portable’ digunakan di dalam surau," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Justeru, beliau menggesa Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal Negeri, Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar serta Pembangunan Usahawan, Rodziah Ismail menyelesaikan perkara itu dengan segera.
"Saya memberi tempoh seminggu untuk perkara ini diselesaikan sebelum ia merebak ke kawasan lain di negeri Selangor.
"Isu-isu sensitif seperti ini sepatutnya tidak timbul. Penduduk yang duduk dalam masyarakat majmuk, perlu hormat-menghormati antara satu sama lain," katanya.
Artikel asal disiarkan di portal Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#ADUN
#Azan
#pembesar suara
#Mohd Shaid Rosli
#Puncak Alam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan