Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dijangka memberi keterangan berkaitan isu penjualan tanah di Taman Manggis dan pembelian banglonya bernilai RM2.8 juta di Jalan Pinhorn di sini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia minggu depan.
Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata Ketua Biro Undang-undang DAP Gobind Singh Deo telah menghubungi SPRM untuk mengatur satu sesi temu bual dalam masa terdekat.
Beliau berkata ketua menteri, pemimpin-pemimpin negeri, pegawai kerajaan negeri dan agensi kerajaan negeri akan memberi kerjasama penuh kepada SPRM dalam siasatan isu itu.
"Itulah komitmen kami supaya SPRM dapat jalankan siasatan dengan telus dan bebas. Kami juga tidak akan mengganggu kerja-kerja yang patut dijalankan oleh SPRM," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata mesyuarat parti itu hari ini yang turut dihadiri Lim, berpendapat Ketua Menteri tidak perlu mengambil cuti sementara siasatan dijalankan.
Gobind berkata SPRM memberitahu ia memerlukan sedikit masa lagi untuk mengumpul maklumat sebelum memanggil Lim untuk diambil keterangan.
"Semalam mereka ada datang ke pejabat beliau (Lim) ambil dokumen dan saya telah beritahu SPRM sekiranya mereka perlukan apa-apa dokumen lain boleh hubungi saya. Kemungkinan besar mereka akan minta ketua menteri bagi keterangan minggu depan untuk tujuan itu," katanya.
Pembelian banglo di Jalan Pinhorn di sini oleh Lim dengan harga RM2.8 juta mencetuskan kontroversi apabila Anggota Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya membangkitkannya pada persidangan Dewan Rakyat, dan mendakwa harga itu adalah di bawah nilai pasaran.
Shabudin turut meminta SPRM menyiasat penjualan beberapa bidang tanah di Pulau Pinang, yang pada asalnya dikatakan diperuntukkan bagi pembinaan rumah melalui Projek Perumahan Rakyat Termiskin.
Bernama
Fri Mar 25 2016
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dijangka memberi keterangan berkaitan isu pembelian banglonya bernilai RM2.8 juta di Jalan Pinhorn. - Gambar fail
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Banglo rosak akibat tanah runtuh di Ampang
Semua penghuni yang juga sepasang suami isteri berusia 39 tahun dan seorang anak lelaki berusia 11 tahun berada dalam keadaan selamat.
Beli banglo pada harga diskaun kerana pemilik mahu wang segera - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa dua unit banglo di Country Heights, Kajang dibeli pada harga diskaun iaitu RM5.9 juta.
Banglo jadi pusat operasi sindiket perjudian dalam talian
Serbuan pada 3 petang itu turut menahan 33 lelaki tempatan dan dua wanita warga asing berusia 18 hingga 48 tahun.
PPN: 33 individu dikompaun anjur majlis hari jadi
Hasil ujian saringan air kencing pula mendapati seorang lelaki serta seorang wanita didapati positif dadah.
Wang RM5.9 juta beli dua banglo bukan hasil aktiviti haram - Peguam Ahmad Zahid
Peguam Hisyam Teh Poh Teik berkata wang itu disumbangkan oleh pemborong tekstil Junaith Asharab Md Shariff dan tukang emas Mubarak Hussain Akhtar Husin.
Parti liar: 20 ditahan di Pulau Pinang, 16 dikompaun di Lumut
Polis menahan 20 individu termasuk tujuh wanita dalam serbuan parti liar di sebuah rumah di Taman Star Hill, Bukit Gambir, tengah malam tadi.
Kartel projek: Helikopter, kereta dan kapal mewah bernilai RM15.7 juta disita
Selain kenderaan mewah yang dianggarkan bernilai RM15.7 juta, SPRM turut merampas wang tunai sejumlah RM3.5 juta ketika serbuan di kediamannya pada Isnin.
Banglo milik ibu Jho Low tidak sepatutnya dalam tuntutan lucut hak - Peguam
Banglo milik ibu Jho Low tidak sepatutnya dalam tuntutan lucut hak, kata peguam yang mewakili Goh, 69.
Anjur parti liar di banglo Bukit Tinggi, 30 ditahan polis
Dalam operasi khas sempena sambutan Hari Krismas pada pukul 4.45 pagi itu turut menemukan dadah jenis methamphetamine, ketamine dan ganja bernilai RM3,750.
Zahid sumbang RM5.9 juta kepada adik untuk beli dua banglo - Saksi
Perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh adik Ahmad Zahid iaitu Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi yang merupakan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan AL-Falah.