awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu beg berat: KPM teliti jumlah subjek diajar setiap hari - Radzi Jidin

Eton Khir
Eton Khir
21/02/2022
07:25 MYT
Isu beg berat: KPM teliti jumlah subjek diajar setiap hari - Radzi Jidin
Radzi berkata, KPM turut meneliti cadangan penggunaan lokar bagi sekolah dua sesi, namun mengakui kos yang diperlukan untuk tujuan itu adalah besar. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menangani isu beg sekolah berat yang saban tahun menjadi polemik yang tidak berkesudahan.
Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin isu ini melibatkan beberapa perkara lain yang perlu diberi perhatian iaitu jumlah mata pelajaran diajar setiap hari dan jumlah buku latihan dari luar yang dibawa murid ke sekolah.
"Untuk sekolah rendah, adakalanya sehingga tujuh mata pelajaran sehari namun bagi sekolah yang mengajar tiga atau empat mata pelajaran sehari, kita dapat lihat bahawa berat beg lebih ringan.
"Berikutan situasi itu, KPM sedang meneliti untuk melihat kekangan dalam konteks guru berdasarkan opsyen mata pelajaran.
"Kita tidak boleh suka- suka keluarkan arahan untuk terus kurangkan kepada tiga (mata pelajaran) dan ini sedang diteliti satu persatu," katanya pada sidang media selepas pelancaran Sekolahku SEJAHTERA di Dewan Perdana Putrajaya International Convention Centre (PICC), di sini pada Isnin.
Pada masa sama, Radzi berkata pihaknya turut mengadakan perbincangan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi membenarkan murid-murid menggunakan pakaian sekolah kebangsaan ke sekolah agama.
"Ini boleh mengurangkan beg berat anak-anak," katanya.
Isu beg sekolah yang berat kembali menjadi bualan hangat selepas ada laporan mengenai murid mengalami masalah tulang belakang akibat rutin menggalas beban beg berat setiap hari.
Radzi berkata, KPM turut meneliti cadangan penggunaan lokar bagi sekolah dua sesi, namun mengakui kos yang diperlukan untuk tujuan itu adalah besar.
"Jika ambil kira keseluruhan bilangan sekolah rendah, kosnya amat besar," katanya.
Ditanya mengenai cadangan agar murid tidak diberi pinjaman buku teks, beliau berkata buku teks boleh diletakkan di sekolah namun pelajar masih memerlukannya untuk mengulangkaji pelajaran.
"Kita juga melihat ada sesetengah buku teks jilidnya masih tebal, jadi antara pendekatan adalah sama ada kita boleh ditambah jilid dan murid boleh membawa buku lebih nipis," katanya.
Topic Berkaitan
#pendidikan
#beg berat
#pelajar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan