awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu bekalan telur, minyak masak bersubsidi: Salahuddin bermesyuarat dengan MAFI esok

Bernama
Bernama
08/12/2022
12:47 MYT
Isu bekalan telur, minyak masak bersubsidi: Salahuddin bermesyuarat dengan MAFI esok
Salahuddin juga berkata beliau akan mengarahkan bahagian penguat kuasa KPDN untuk menyelesaikan masalah berkaitan minyak masak bersubsidi polibeg satu kilogram. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Seri Salahuddin Ayub akan mengadakan mesyuarat dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (MAFI) esok bagi membincangkan isu bekalan telur dan minyak masak paket bersubsidi di pasaran.
Salahuddin, yang melakukan lawatan mengejut ke kedai runcit dan pasar awam di sini, berkata beliau mendapati wujud kekurangan bekalan telur gred A, B dan C serta minyak masak bersubsidi polibeg satu kilogram di pasaran.
Beliau tergerak hati untuk singgah di premis terbabit tanpa diiringi pegawai penguat kuasa KPDN semasa dalam perjalanan ke pejabatnya di sini pagi tadi.
"Saya sengaja tidak beritahu pengurusan kementerian dan bahagian penguat kuasa KPDN kerana tidak mahu jadi seperti acara keraian. Saya hanya ditemani pemandu dan pegawai pengiring saya yang bertindak sebagai jurukamera dan juruvideo yang sangat amatur. Saya mohon maaf jika kualiti video dan suntingannya tidak memuaskan," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Salahuddin juga berkata beliau akan mengarahkan bahagian penguat kuasa KPDN untuk menyelesaikan masalah berkaitan minyak masak bersubsidi polibeg satu kilogram.
Katanya beliau akan bertindak setelah dapatan yang jelas menunjukkan terdapat kekurangan bekalan telur dan minyak masak bersubsidi di pasaran runcit.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Salahuddin Ayub
#Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
#bekalan telur
#bekalan minyak masak paket bersubsidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan