SHAH ALAM: Sesi mediasi melibatkan McDonald’s Malaysia dan BDS Malaysia yang berjalan di Kompleks Mahkamah Shah Alam pada Isnin berjalan lancar dan positif.
Peguam mewakili BDS Malaysia, Datuk M Reza Hassan berkata, mediasi atau alternatif penyelesaian kes tanpa melalui proses perbicaraan penuh melibatkan kedua-dua pihak itu berlangsung hampir dua jam.
Menurutnya, perbincangan tersebut berlangsung sangat positif dengan hanya satu atau dua perkara berbangkit yang perlu diselesaikan.
“Disebabkan undang-undang, saya tidak boleh dedahkan perkara yang dibincangkan dalam mediasi tadi.
“Bagaimanapun, ia telah pun mencapai satu tahap yang baik yang mana pihak-pihak berkenaan akan datang pada 30 April untuk melanjutkan perbincangan mengenai mediasi ini.
“Saya tak boleh bincang perkara lebih lanjut berkaitan terma dan perkara dibincangkan dalam mediasi tadi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas selesai sesi mediasi di luar bangunan Kompleks Mahkamah Shah Alam pada Isnin.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Al-Quds Malaysia, Dr Sharif Abu Shammala menegaskan yayasan itu akan terus memberikan sokongan kepada BDS Malaysia.
Menurutnya, boikot juga akan diteruskan selagi mana rejim Zionis terus melakukan kekejaman sebagai tanda solidariti kepada Palestin.
“Kami menyokong BDS Malaysia dan kami sokong aktivis serta aktiviti yang menganjurkan untuk boikot perniagaan dan negara yang bantu Israel.
“Kami percaya, kes ini adalah untuk menakutkan aktivis. Kami berharap media dan mediasi ini berjaya dan tidak beri ruang untuk syarikat menekan aktivis,” katanya.
Terdahulu, puluhan penyokong BDS Malaysia, termasuk Dr Sharif berkumpul di luar bangunan Mahkamah Shah Alam bagi menyatakan sokongan terhadap gerakan tersebut.
Mereka melaungkan pelbagai kata semangat untuk Palestin, antaranya “Bebaskan Palestin”, “Palestin tidak akan mati” dan “Dari sungai ke segara, Palestin pasti merdeka”.
Media sebelum ini melaporkan BDS Malaysia menerima writ saman yang mendakwa gerakan itu memfitnah francais makanan segera tersebut.
Sementara itu, McDonald's Malaysia mengesahkan ia memfailkan saman sivil terhadap BDS Malaysia untuk melindungi hak dan kepentingannya.
McDonald's Malaysia menegaskan ia tidak menyalurkan sebarang jualan, keuntungan, royalti, atau fi francais daripada operasi restoran untuk menyokong mana-mana perjuangan politik atau konflik.
Ridauddin Daud
Mon Mar 18 2024
M Reza (dua dari kiri) berucap dalam sidang akhbar di luar Kompleks Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada Isnin selepas sesi mediasi kes saman McDonald's Malaysia terhadap BDS Malaysia. -Foto Sinar Harian
Polis Sepanyol rampas jersi tiruan, nilai melebihi RM30 juta
Semua jersi tersebut dijual menjelang perlawanan akhir Liga Juara-Juara antara Real Madrid dan Borussia Dortmund dan Kejohanan Eropah di Jerman bulan depan.
WHO cemas jumlah kes denggi yang tinggi
Bilangan kes denggi di seluruh dunia dilaporkan meningkat sejak lima tahun lalu, dengan situasi yang amat membimbangkan di benua Amerika tahun ini, menurut laporan baharu yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Khamis.
Beberapa orang awam termasuk polis cedera diserang di Mannheim
Seorang lelaki cedera ditembak polis tempatan selepas mencederakan beberapa individu di dataran di bandar Mannheim barat daya Jerman, pada Jumaat.
Lebih 6,000 mangsa banjir diselamatkan di India
Taufan Emal yang melanda negeri Manipur, di timur laut India menyebabkan lebih 6,000 penduduk di sana terperangkap akibat banjir kilat.
Situasi itu menyebabkan pasukan penyelamat digerakkan ke negeri tersebut bagi menyalurkan barangan keperluan kepada mangsa yang terkandas di rumah.
Situasi itu menyebabkan pasukan penyelamat digerakkan ke negeri tersebut bagi menyalurkan barangan keperluan kepada mangsa yang terkandas di rumah.
Selepas sabitan bersalah, Trump adakan sidang media
Sehari selepas juri New York mensabitkan bekas Presiden Donald Trump bersalah atas 34 pertuduhan jenayah memalsukan rekod perniagaan, calon presiden Parti Republikan itu mengadakan sidang media di Menara Trump di Manhanttan.
Bekas Speaker Parlimen Iran Larijani lancar bidaan Presiden
Bekas Speaker Parlimen Iran, Ali Larijani mengemukakan pencalonannya untuk pilihan raya Presiden yang ditetapkan bulan depan berikutan kematian Ebrahim Raisi dalam nahas helikopter.
Bawa gagasan perjuangan Palestin dalam bentuk keamanan
Antara strategi yang boleh digunakan ialah dengan mengajak masyarakat dunia mengutuk kezaliman zionis dan membiarkan mereka menyampah dengan pemeritahan yang zalim.
[TERKINI] SPRM siasat isu suami menteri terima kontrak
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menerima beberapa aduan baharu berhubung isu suami seorang menteri dilantik untuk memberi bukti konsep satu projek pengangkutan oleh Kerajaan Selangor. c
62 jemaah dirawat di hospital, jangkitan paru-paru paling ramai
Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman maklumkan, sehingga 29 Mei, seramai 62 jemaah Malaysia jatuh sakit dan dirawat di Pusat Rawatan di Arab Saudi dan Pusat Rawatan Tabung Haji di Mekah.
InvestKL jadi anak syarikat MIDA berkuat kuasa 1 Jun - MITI
Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mula menggabungkan semua fungsi agensi-agensi penggalakan pelaburan di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA).
Papan tanda McDonald's terbakar
Kejadian itu tular dalam media sosial apabila api marak membakar struktur di papan tanda tersebut.
Mesin minuman rosak jadi punca dua pekerja McDonald's Peru maut
Dua orang pekerja McDonald's, Alexandra Porras, 18, dan Carlos Gabriel Campo, 19 terkena renjatan elektrik pada Ahad lalu sewaktu bertugas.