Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menetapkan 31 Mac ini untuk membuat keputusan berhubung rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu daripada pertuduhan memfitnah dalam isu komunis Bukit Kepong, dua tahun lalu.
Hakim Lim Chong Fong menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan Ketua Unit Pendakwaan Pulau Pinang Datuk Razali Che Ani serta hujahan peguam Aminuddin Zulkipli dan Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu.
Terdahulu, Razali yang juga timbalan pendakwa raya dalam kes itu berhujah bahawa hakim Mahkamah Sesyen Butterworth tidak menilai secara keseluruhan kesemua keterangan saksi yang dikemukakan pihak pendakwaan dalam kes itu apabila membebaskan Mohamad daripada pertuduhan itu.
Beliau berkata hakim telah terkhilaf dari segi undang-undang dan fakta apabila memutuskan elemen-elemen pertuduhan gagal dibuktikan hanya berdasarkan keterangan saksi ketujuh pihak pendakwaan semata-mata tanpa menilai keseluruhan keterangan yang dikemukakan.
Katanya hakim turut terkhilaf apabila memutuskan tiada unsur-unsur fitnah berikutan terdapat dua pandangan berbeza daripada pengkaji-pengkaji sejarah sedangkan apa yang perlu mahkamah putuskan adalah sama ada kenyataan responden (Mohamad) itu tertakluk kepada elemen-elemen pertuduhan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan.
Aminuddin pula dalam hujahnya berkata hakim mahkamah sesyen telah membuat penilaian secara maksimum di atas keterangan-keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwa.
Selain itu katanya mahkamah terbabit turut mendapati saksi-saksi pihak pendakwaan langsung tidak "direct" kepada responden serta saksi berkenaan tidak mendengar ceramah yang disampaikan oleh Mat Sabu sebaliknya mereka (saksi) hanya membaca dan mengetahui perkara itu daripada berita TV3 dan dalam akhbar Utusan Malaysia.
Pada 9 Julai 2015 pihak pendakwaan memfailkan rayuan kepada Mahkamah Tinggi susulan keputusan Mahkamah Sesyen Butterworth pada 8 Julai 2015, yang melepas dan membebaskan Mohamad daripada dua pertuduhan memfitnah berhubung isu komunis Bukit Kepong pada Ogos 2011.
Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Mohamad, 62, di akhir kes pendakwaan.
Mat Sabu didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Feb 1950 dengan membuat tohmahan yang boleh merosakkan nama baik mereka.
Beliau didakwa melakukan perbuatan itu dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah PAS Padang Menora, Tasek Gelugor dekat sini pada 21 Ogos 2011.
Mat Sabu yang kini presiden Parti Amanah Negara (PAN) juga menghadapi pertuduhan pilihan iaitu memfitnah tiga anggota polis iaitu Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Yusoff Rono serta anggota keluarga mereka pada masa, tarikh dan di tempat yang sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 16 2017

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menetapkan 31 Mac ini untuk membuat keputusan berhubung rayuan pembebasan Mohamad Sabu dalam isu Bukit Kepong. - Gambar fail

AWANI Ringkas: Setahun selepas kes pertama di Malaysia | Tun M: Ramai takut bersuara tentang darurat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas (10:00AM).

Perjuangan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 masih belum berakhir - KP Kesihatan
Menerusi perkongsian di Twitternya, beliau turut memaklumkan pengakhiran perjuangan ini masih belum berakhir.

Vaksin COVID-19 menurut perspektif Islam
Tatkala Malaysia menunggu ketibaan bekalan vaksin COVID-19 yang dijangka pada bulan hadapan, masih ada sesetengah pihak yang cuba mempertikaikan keabsahan dan kehalalan vaksin itu.

Inspirasi #Spotlightsquad: Sofistikasi dan kontemporari Breitling Superocean Automatic 36, Navitimer Automatic 35
Meneruskan penghasilan karya kronograf yang ikonik, label jam tangan dari Switzerland, Breitling kekal menghiasi gaya si pemakai bersama frasa sofistikated dan berstail.

COVID-19 | Pakar perubatan Kanada dakwa ubat gout berkesan
Sekumpulan pakar perubatan di Kanada mendakwa sudah menemui ubat yang diambil secara oral yang dipercayai berkesan merawat COVID-19 dan mengurangkan risiko komplikasi virus itu. Pakar dari Institut Jantung Montreal berkata ubat antiradang Colchicine yang biasanya digunakan untuk merawat gout itu sebagai "penemuan saintifik" kerana ia ubat pertama di dunia yang boleh digunakan untuk merawat pesakit COVID-19 yang tidak dirawat di hospital.

Letupan Lombong | 11 selamat, 10 hilang dan seorang maut
Seramai 11 pekerja lombong emas berjaya diselamatkan selepas terperangkap di bawah tanah selama 14 hari susulan berlaku letupan di Lombong Hushan, wilayah Qixia, China. Letupan di lombong itu memerangkap 22 pekerja sekitar 600 meter di bawah tanah, pada 10 Januari lalu.

China Vs Taiwan | Ketegangan China-Taiwan meningkat
Taiwan mendakwa pesawat tentera udara China termasuk 12 jet pejuang memasuki zon pengenalan pertahanan udaranya untuk hari kedua berturut-turut. Ketegangan China dan Taiwan meningkat hanya beberapa hari selepas pimpinan di White House bertukar daripada Donald Trump kepada Joe Biden.

COVID-19 | New Zealand siasat kes jangkitan tempatan
New Zealand sahkan sedang menyiasat kemungkinan kes koronavirus komuniti tempatan pertama selepas beberapa bulan ia catat sifar kes. Ini berikutan perkembangan seorang wanita yang baru pulang dari luar negara. Wanita berusia 56 tahun, yang kembali ke New Zealand pada 30 Disember, diuji positif selepas mengabaikan kuarantin wajib selama dua minggu di sempadan.

Penunjuk Perasaan | Protes dalam ruang berkawat duri demi Navalny
Aktivis Rusia, Pavel Krisevich membantah penangkapan Alexey Navalny dan penahanan penunjuk perasaan dengan mengunci dirinya sendiri di sebuah ruang yang ditutupi dengan kawat berduri di pusat bandar Moscow. Pihak berkuasa dilihat berusaha menyeret Krisevich keluar dari ruang itu melalui kawat berduri berkenaan.

Proklamasi Darurat | Penubuhan 'caretaker government' penyelesaian terbaik?
Untuk memahami perkara ini kita bersama, Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Dr Jeneri Amir bagi penerangan dan perinciannya.

Ini pasukan saya, untuk bela rakyat Johor - MB Johor
Beliau mengulangi bahawa kesemua Exco dipilih, adalah satu pasukan yang beliau selesa bekerja, dan percaya mereka boleh melaksanakan tanggungjawab membela rakyat dengan baik.

Dr Mahathir bertemu MB Johor
Pertemuan ini merupakan yang pertama selepas Dr Sahruddin mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada 14 April yang lalu.

MB Johor baharu sedia ubah exco seperti dititahkan Sultan
Dr Sahruddin mempunyai tempoh sehingga 14 hari melakukan penstrukturan semula barisan Ahli Majlis Mesyuarat Negeri.

Produser tempatan tidak lagi berani buat filem patriotik sebab tiada jaminan
Jelasnya, masa tayangan filem patriotik pada tarikh keramat itu sangat penting dalam menarik perhatian penonton ke pawagam.

Mahkamah tolak saman malu Mat Sabu terhadap Ketua Pengarang Kumpulan Utusan
Mahkamah memerintahkan Mat Sabu selaku plaintif membayar kos sebanyak RM70,000 kepada kedua-dua defendan.

Isteri teringat hidangan terakhir Jins Shamsuddin
Petang Rabu yang mendung menjadi petang terakhir buat Puan Sri Halijah Abdullah menghidangkan juadah minum petang buat suaminya Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin.

Jins Shamsuddin: "Bukit Kepong, Ali Setan akan terus menjadi ingatan"
Garis masa media sosial kini dibanjiri dengan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin.

Jaga hubungan baik kerajaan persekutuan dan negeri - Sultan Ibrahim
Hubungan baik kerajaan persekutuan dan negeri mestilah dijaga dan dihormati untuk membentuk Malaysia yang aman dan makmur, titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Isu Bukit Kepong: 31 Mac keputusan rayuan pembebasan Mat Sabu
Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menetapkan 31 Mac ini untuk membuat keputusan berhubung rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Mohamad Sabu dalam isu komunis Bukit Kepong.

5 filem patriotik adaptasi kisah benar wajib tonton Hari Kebangsaan ini
Sempena dengan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-59, Astro Gempak menyenaraikan lima filem patriotik wajib tonton!