awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu Cikgu Mohd Fadli: Keputusan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan esok

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
17/10/2022
11:07 MYT
Isu Cikgu Mohd Fadli: Keputusan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan esok
Keputusan akan diumumkan kepada Mohd Fadli melalui ketua jabatan guru Matematik itu sendiri. - Gambar/ cikgufadli.com
PUTRAJAYA: Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan yang bersidang hari ini berhubung isu Cikgu Mohd Fadli Mohamed Salleh sudah membuat keputusan dan akan memaklumkannya kepada guru terbabit esok.
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin berkata keputusan itu akan disampaikan kepada Mohd Fadli melalui ketua jabatan guru Matematik itu sendiri.
"Persidangan Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan berhubung isu tersebut baru sahaja tamat dan esok urus setia akan sampaikan keputusan kepada cikgu (Mohd Fadli)," katanya kepada pemberita semasa menghadiri program sukan 'Touch' di sini hari ini.
Guru Viral | PM harap situasi terbaik untuk KPM dan Cikgu Fadli
Semalam, Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali berkata Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan dijadualkan bersidang hari ini selepas menerima representasi yang dikemukakan oleh Mohd Fadli pada 14 Oktober.
Pkharuddin berkata surat yang diterima Mohd Fadli tidak membawa maksud hukuman telah dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib Perkhidmatan Pendidikan.
BACA: Lebih 22,000 tandatangan petisyen sokong Cikgu Fadli Salleh
BACA: Surat kepada Cikgu Mohd Fadli bukan hukuman - KP Pendidikan
Sebelum ini, Mohd Fadli mendakwa beliau berdepan tindakan dibuang kerja atau diturunkan pangkat kerana menyuarakan pandangan mengenai silibus pembelajaran yang menurutnya terlalu tinggi dan tidak sesuai.
Beliau dalam hantaran di laman Facebook turut menyatakan bilangan murid di dalam kelas terlalu ramai selain subjek pembelajaran yang banyak serta isu beg berat yang didakwa boleh memudaratkan kesihatan.
Mengulas isu yang dibangkitkan oleh Mohd Fadli, Radzi berkata perkara yang diutarakan guru Matematik itu telah diambil tindakan oleh Kementerian Pendidikan (KPM).
Topic Berkaitan
#cikgu mohd fadli
#Kementerian Pendidikan
#keputusan lembaga tatatertib
#Radzi Jidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan