Ketua kumpulan Challenger, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman disifatkan bebas untuk berbuat apa sahaja yang dimahukan termasuk ke kelab malam selagi tidak melanggar undang-undang negara.
Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, ia merupakan hak individu Syed Saddiq sendiri selain pihak universiti sendiri tidak menjaga hal peribadi pelajar mereka.
"Seseorang itu boleh pergi ke mana sahaja dan kita tidak menjaga mereka ke tahap peribadi. Dia hendak menyanyi, makan-makan atau apa sahaja, ia tidak ada di dalam peraturan mencegah atau menyekat dari universiti.
"Seseorang pelajar berhak menyertai program rasmi yang dianjurkan universiti, badan bukan kerajaan atau sesiapa yang menaja kerana kepentingan akademik atau profesyen," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Dr Rais mengulas mengenai penyebaran gambar Syed Saddiq yang juga pelajar jurusan undang-undang UIAM di kelab malam selain dia sendiri mengakui pernah menjejakkan kaki ke tempat itu.
Namun, menurutnya, ia tidak bermakna dirinya seorang 'kaki clubbing' seperti yang didakwa sesetengah pihak.
Menerusi status yang dimuat naik ke akaun Facebook, Syed Saddiq berkata dia tidak berniat untuk menafikan gambar yang tersebar itu dirinya, namun menegaskan dia punya sebab untuk berada di tempat sedemikian.
Dalam pada itu kata Dr Rais, pihaknya juga tidak akan mengambil sebarang tindakan di atas perbuatan Syed Saddiq melainkan ia melibatkan mana-mana badan politik yang mempunyai tujuan kepada dasar universiti.
"Tidak ada apa-apa tindakan kepada mana-mana pelajar yang menyertai program yang diluluskan atau berkaitan kemanusiaan sosial.
"Di bawah Akta Universiti dan Kolej yang dipinda oleh kerajaan, seseorang pelajar atau pensyarah ada bidang yang cukup luas serta sedia maklum kepentingan mana-mana badan yang disertainya," jelasnya.
Netizan pada Isnin menyifatkan apa yang berlaku di masa lampau tidak sepatutnya menjadi pengukur nilai seseorang.
Begitupun, ada juga sebilangan netizen yang mahu institut pengajian tinggi (IPT) supaya mengambil kira isu lokasi apabila membawa pelajar bertanding di mana-mana pertandingan, khususnya di luar negara.
Wan Syamsul Amly
Mon Mar 14 2016
Presiden UIAM: Isu 'clubbing': 'Itu hak peribadi Syed Saddiq' - Gambar fail
Dana Ihsan MADANI: Maxis, Astro, Bumi Armada, MEASAT sumbang RM5 juta
Empat syarikat korporat, Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat secara kolektif memberi sumbangan RM5 juta kepada dana Ihsan Madani bagi menyokong usaha bantuan dan pemulihan banjir.
AWANI Ringkas: Titah Adendum | Letak Jawatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Flysiswa | 1MDB
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pindaan Ordinan Buruh Sarawak lindungi hak 1.46 juta pekerja - Sim
Rang Undang-Undang Ordinan Buruh Sarawak (Pindaan) 2024 yang diluluskan oleh Dewan Rakyat hari ini bakal memastikan hak 1.46 juta pekerja di negeri itu dilindungi.
10 Berita Pilihan - (12 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ringgit terus alami penurunan selepas data IHP AS dikeluarkan
Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk hari keempat berturut-turut pada Khamis.
AWANI Tonight 12 Dec 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PM launches National AI Office
2. Australia to charge tech companies for news content
#AWANIEnglish #AWANINews
Consider This: Climate Policy — What's Next for Malaysia in 2025
Following the conclusion of COP29 in Baku, the global climate conversation shifts once again to action—or the lack of it. What lessons can we draw from those global negotiations? And might they shape Malaysia’s ASEAN chairmanship in 2025? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks with Nik Nazmi Nik Ahmad, Minister of Natural Resources and Environmental Sustainability. His new book is titled ‘Saving the Planet: Climate and Environmental Lessons from Malaysia and Beyond’.
AWANI 7:45 [12/12/2024] - Perbahasan Ahli Parlimen | Kontroversi Pulau Batu Puteh | Masa depan negara | Hujan berterusan tahap waspada
Kontroversi Pulau Batu Puteh, Dewan Rakyat bahas laporan Suruhanjaya Di Raja.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Tiga bekas menteri dakwa Tun Mahathir buat keputusan tanpa rujuk Kabinet.
Malaysia negara awal dunia tumpuan tinggi pendapatan digital.
Hujan berterusan lima negeri sehingga Jumaat.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
Isu 'clubbing': 'Itu hak peribadi Syed Saddiq' - Presiden UIAM
Ketua kumpulan Challenger, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman disifatkan bebas untuk berbuat apa sahaja yang dimahukan termasuk ke kelab malam selagi tidak melanggar undang-undang negara