awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wabak norovirus tangguh aksi pembukaan hoki ais wanita Finland
Lakaran kaki Michelangelo dijual RM90 Juta, lebih 10 kali anggaran asal
Lebih 200 premis makanan terima pengiktirafan BeSS, 72 premis diarah tutup di Kelantan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Isu dakwaan rasis: Guru Besar SJKC dipindah sementara ke PPD

Kohilah Sekaran
Kohilah Sekaran
16/01/2016
05:47 MYT
Isu dakwaan rasis: Guru Besar SJKC dipindah sementara ke PPD
Mahdzir (gambar) mengarahkan guru besar sekolah tersebut dipindahkan sementara ke PPD sehingga siasatan selesai. -Gambar fail
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid pada Khamis mengarahkan agar guru besar sebuah sekolah di Mersing, Johor dipindah sementara ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) sehingga siasatan selesai.
Ia susulan isu dakwaan rasis yang dilapor berlaku di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pai Chee, Mersing, Johor baru-baru ini.
Sementara itu, tiga guru terlibat juga akan dipindahkan dari sekolah tersebut.
Menerusi satu kenyataan di laman Facebooknya, Mahdzir berkata, satu pasukan khas telah ditubuhkan untuk membantu siasatan insiden dan laporan dijangka siap dalam tempoh tiga hari.
Beliau juga menggesa orang ramai agar bertenang kerana isu seperti ini jarang berlaku.
Susulan isu SJKC Pai Chee, penyelesaian positif.1.Satu pasukan khas ditubuhkan utk menyiasat kes ini.2. GB ditempatkan...
Posted by Dato' Seri Mahdzir Khalid on
Sebelum ini, viral di media sosial laporan seorang guru dari sekolah tersebut yang mendakwa diserang bapa seorang murid kerana memarahi anaknya.
Dalam laporan tersebut, guru berkenaan mendakwa bapa murid tersebut menghinanya serta membaling buku di bilik guru.
Selain itu, guru berkenaan juga mendakwa guru besar itu pernah cuba menghalau dia dan dua lagi guru dari sekolah berkenaan tanpa sebab munasabah.
Topic Berkaitan
#guru
#rasis
#sekolah
#SJCK Pai Chee
#viral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan