KUALA LUMPUR:Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menzahirkan kepercayaan terhadap Yang di-Petuan Agong untuk meletakkan keutamaan dan kesejahteraan rakyat di puncak utama sekiranya cadangan mengisytiharkan proklamasi darurat dilaksanakan.
Presiden PGSM, Musa Awang berkata, pihaknya menyerahkan sepenuhnya kepada budi bicara dan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam memutuskan sama ada wajar atau tidak suatu proklamasi darurat dikeluarkan.
Perkara itu, jelas beliau perlu mengambil kira faktor keselamatan, kesihatan, ekonomi dan ketenteraman awam, khususnya apabila melibatkan kes-kes COVID-19 di negara ini yang meningkat secara mendadak.
"PGSM menegaskan bahawa semasa dalam tempoh proklamasi darurat berkuatkuasa, apa-apa undang-undang yang dibuat oleh Parlimen tidak memperluas kuasa Parlimen mengenai apa-apa perkara undang-undang atau adat anak negeri di Negeri Sabah atau Sarawak; atau yang berhubungan dengan agama, kewarganegaraan, atau bahasa. (Perkara 6A Perlembagaan Persekutuan).
"PGSM percaya bahawa Al Sultan Abdullah akan meletakkan keutamaan dan kesejahteraan rakyat di puncak utama dalam mempertimbangkan apa juga keputusan yang akan dibuat," katanya dalam kenyataan di sini pada Ahad.
BACA: LAPOR LANGSUNG: Pertemuan Agong, Raja-Raja Melayu
BACA: Apa itu Darurat? Ini 15 perkara anda perlu tahu
Dalam pada itu, Musa berkata, pihaknya percaya bahawa kuasa untuk mengisytiharkan proklamasi darurat adalah kuasa khas yang diberikan Perlembagaan Persekutuan kepada Yang di-Pertuan Agong berdasarkan Perkara 150, Perlembagaan Persekutuan.
"Jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, atau kehidupan ekonomi, atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam, maka Yang di-Pertuan Agong boleh mengeluarkan suatu proklamasi darurat dengan membuat dalamnya suatu perisytiharan yang bermaksud sedemikian.
"Proklamasi darurat di bawah Fasal (1) boleh dikeluarkan sebelum sebenarnya berlaku kejadian yang mengancam keselamatan; atau kehidupan ekonomi; atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya jika Yang di-Pertuan Agong berpuas hati bahawa kejadian sedemikian hampir benar berlaku," jelasnya lagi.
Fauzi Suhaimi
Sun Oct 25 2020
Darurat perlu ambil kira faktor keselamatan, kesihatan, ekonomi dan ketenteraman awam, khususnya apabila melibatkan kes-kes COVID-19. - Gambar fail
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Dr Zaliha nafi buat kenyataan media berhubung titah adendum pengampunan Najib
Katanya, kenyataan media yang tular itu adalah palsu dan tidak pernah dikeluarkan olehnya.
Tahanan rumah: Najib mohon masukkan bukti baharu
Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan Mahkamah Rayuan bahawa pihaknya telah memfailkan permohonan untuk memasukkan bukti baharu berhubung kewujudan titah adendum.
TEKS PENUH: Titah Diraja YDPA Agong sempena Istiadat Pemasyhuran Canselor dan Konvokesyen Ke-14
"Jika penderaan terus berlaku, saya tidak mahu nama saya dikaitkan dengan universiti ini lagi. Panglima dan Komandan juga mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan kerana gagal menjalankan amanah"
Hentikan serta-merta budaya dera di UPNM - Sultan Ibrahim
Jika penderaan terus berlaku, Sultan Ibrahim enggan nama baginda dikaitkan dengan universiti itu lagi selain Panglima dan komandan mesti bertanggungjawab dan meletak jawatan.
Agong berkenan terima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Timor-Leste Kay Rala Xanana Gusmao di Istana Negara.
Agong doakan keselamatan mangsa banjir
Yang di-Pertuan Agong menitipkan doa agar semua mangsa banjir yang terjejas di tujuh negeri diberikan perlindungan, ketabahan serta kesabaran oleh Allah SWT.
Agong sambut Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 bersama keluarga
Yang di-Pertuan Agong berkenan menikmati santapan tengah hari bersama keluarga dan cucunda bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan ke-66 Seri Paduka Baginda.
Lantikan Mohd Dusuki ikut lunas undang-undang, selaras Perlembagaan - Fahmi
Lantikan itu juga selepas mengambil kira pengalaman luas Mohd Dusuki dalam bidang pendakwaan dan perundangan di Jabatan Peguam Negara.
Graduan jangan memilih kerja, elak jadi penganggur terhormat - Sultan Ibrahim
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim bertitah mengingatkan para graduan agar tidak bersikap terlalu memilih kerja dan segera merebut peluang ada.